Dulu semasa saya di Sekolah Menengah Petaling, Cikgu Hanim adalah antara guru kaunseling yang saya kenal. Kenal yang saya maksudkan tu; saya kenal dia, dia taklah rasanya kenal pada saya marhum saja saya selain dari kacak tidaklah ada membuat apa-apa perangai yang memerlukan saya ketemu guru kaunseling. Arakian jua, kalau ada kategori Cikgu yang bakal dapat surat chenta maka Cikgu Hanimlah orangnya walau dah menikah lama. Yang saya ingat, pada tahun-tahun terakhir saya di SMP Cikgu Hanim sudah jadi Muslimah sejati bila mula bertudung penuh.
Selain dari dia dan Cikgu Zulbahrin saya kurang pasti jika ada guru kaunseling yang lain di sekolah tersebut. Selain yang guna psikologi ; cikgu yang lain ada yang mengamalkan Lempanglogi, tapi usahlah kita bercerita di sini. Ohhh... sebelum terlupa, Cikgu Zulbahrin kemudiannya bertukar ke Sekolah Sri Pantai tapi tahunnya saya sudah lupa.
Akan tetapi kalau bab-bab Cikgu yang cun-cun ni memang tak boleh lawan Ustazah Zanita. Punyalah sejuk mata memandang, dan bila dah sejuk bercampur baur lah imaginasi yang bukan-bukan . Hahahaha... opsss! Yang tak bestnya, Ustazah Zanita ni tak pernah pula masuk mengajar ke kelas saya. Jadi cerita-cerita sensasi cuma didengar dari budak yang belajar di kelas lain saja.
Errrr.... Berbalik pada bab kaunseling tadi, ada satu tulisan di pintu bilik kaunseling yang suka saya baca. Baru-baru ini saya terjumpa kembali dengan tulisan tersebut. Entah siapa yang mengarang tulisan itu saya tidak tahu. Tapi bila membaca kembali amat bernostalgia rasanya.

Ini adalah cerita mengenai 4 orang yang bernama SEMUA ORANG, SESEORANG , SESIAPA SAJA dan TIADA SEORANG PUN.Ada satu tugas penting yang perlu disiapkan dan SEMUA ORANG pasti bahawa SESEORANG perlu melakukan kerja tersebut. SESIAPA SAJA boleh melakukan tugas itu tapi TIADA SEORANG PUN yang sudi melakukan tugas itu. SESEORANG mula naik marah sebab itu tugas SEMUA ORANG. SEMUA ORANG fikir bahawa SESIAPA SAJA boleh melakukannya tapi TIADA SEORANG PUN yang sedar bahawa SEMUA ORANG tidak melakukannya.
Akhirnya, SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG apabila TIADA SEORANG PUN melakukan kerja yang SESIAPA SAJA boleh melakukannya.
Sudah lebih 15 tahun dan sehingga hari ini saya bingung kerja itu sudah siapkah belum? Celaka benar orang yang menulis cerita ini!
2 ulasan:
oiiii!!! update la
hek eleh...cik hajarss xnak update!!!
Catat Ulasan