Selasa, 25 Mei 2010

114 - Sentiasalah menanti

Apa yang kamu harap untuk capai dengan menganjurkan pertunjukan-pertunjukan semacam ini? Kamu mahu tunggu sehingga kamu sendiri ditangkap,dirantai dan disepak terajang lalu akan berhenti dari melakukan perkara bodoh ini?

Si Belang selemah ini kamu paksa menjadi badut memuas halwa kamu. Kamu beri sedatif dan kamu henyak dan hentak tanpa belas yang tuhan beri. Atau tak ternampakkah kamu betapa binatangnya kamu darinya demi tontonan manusia-manusia yang turut simpati? Kamu bodoh, jangan bodohkan mereka.

Izinkan-lah mereka menjadi harimau.


Tiada ulasan: