Khamis, 22 Januari 2009

68 - Bintang

b : Kenapa orang-orang kita ni minat sangat dengan lagu-lagu hindi??? dah tak ada lagi ke irama melayu yang boleh didengar???

wbl : Awat Bob?

b : Kau tak perasan ke... dari dulu lagi dok minat lagu hindi... Shah Rukh Khan la... Juhi Chawla la... Madhuri Dixit la... Itu pun ok lagi sebab depa sendiri yang nyanyi... la ni orang kita lak sibuk tubuh kumpulan nyanyi lagu hindi ni...

wbl : huh?! tak pernah dengar pon???

b :
Laaa... Kan baru ni menang Juara Lagu kumpulan hindi Meet Uncle Hussein...

wbl : Indie laaa!!! Indie!!!

67 - Carak

Saya sesungguhnya memang tidak terliur untuk mengundi bagi pilihanraya kampus ketika di UiTM dahulu... Tanggungjawab terhadap kampus kata calon mengundi... kepala hotak kamu kata saya...

Tidak kira samada calon yang bertanding itu dari Pro-aspirasi atau Pro-mahasiswa (maaf... lupa pula apa istilah pembangkang di kampus) pada saya sama sahaja... Selain dari mengganggu waktu belajar pelajar yang rajin seperti saya ketika kuliah sedang berjalan bagi membolehkan mereka berkempen, raut wajah mereka juga nampak sungguh tebal dengan kepura-puraan...

Manifesto tak usah dicerita... kalah rupa orang nak jadi Menteri Perdana... Semua hal kebajikan dan perjuangan akan dicurahkan... dan saya amat pasti bahawa kebanyakkan mereka menuntut gestur tangan dari banggali yang menyampai berita di TV tiga suku itu...

Saya juga kasihan dengan pelajar yang duduk di hadapan sekali kerna selain dari terpaksa mendengar celoteh panjang pembohong-pembohong amatur itu... mereka terpaksa menahan tempias dari hadapan walaupun hari tidak hujan... nescaya jika dibiarkan calon itu bercakap 5 jam lagi sahih basahlah muka mereka dengan tempias yang menyembur-nyembur itu...

Sejak dulu lagi saya meyakini bahawa perjuangan mereka bukanlah tulus dan ikhlas... semuanya semata-mata mahu mendapatkan katil yang dekat dan baik di dalam kolej... kalau di UiTM ketika itu, perjuangan itu termasuk bagi mendapatkan makanan percuma di dewan makan... Janganlah kamu nak menipu saya bahawa kamu akan berjuang berhabis-habisan mempertahankan dan meningkatkan mutu hidup penghuni universiti... membohong benar...

Sejak saya menjejakkan kaki ke kampus sampailah saya keluar... tak ada pun sekelumit perubahan yang dibawa dek mamat dan minah kaki kelentong tersebut... Bas masih lambat... kalau ada pun serupa sadin... ayam di dewan makan masih lebih keras dari lantai... sayurnya tak tahu dikutip dari belukar mana... bercerita mengenai dewan makan... kalau kamu menggunakan pena dakwat yang boleh diisi, kamu tak perlu bersusah-susah menghabiskan wang membeli sebotol dakwat... datang sahaja ke dewan makan kami di hari mereka menghidangkan sotong... Dakwat hitam sotong yang ada cukup untuk kamu menulis tesis setahun...

Jadi bila saya mendengar ada beruk yang meletak kepala babi di dalam rumah tuhan berkait dengan pilihanraya kampus maka hati saya amat panas... jika kamu mahu membabikan sang politikus kaki kelentong itu hak kamu... tapi jika rumah tuhan saya dibabikan maka kamu memang berada dalam kebabian yang nyata...

notakaki: sukar bagi saya yang inggeris ini memelayukan perkataan gesture...

Ahad, 11 Januari 2009

66 - Anomali II


Saya sebenarnya tidak mahu ambil tahu sekiranya kamu masih membutuhkan barang-barang yahudi di dalam kehidupan sehari-hari kamu... kamu katakan boikot cuma akan mengheret lagi memudaratkan ekonomi umat islam yang lainnya juga...

Kamu kisahkan Si Samad anak saudara kamu di kilang neskape yang bakal hilang pekerjaan tambahan lagi gawatnya ekonomi masakini... takut anak saudara kamu kehilangan jawatan lantas kerana semua yang mengaku dirinya islam tidak lagi meminum neskape...

Kamu juga risau anak-anak kamu bakal mati jika sebulan mereka tidak menggigit ayam kentaki dan bubur mekdi... kamu sememangnya ayah yang prihatin... malahan pula isteri kamu yang cantik jelita bakal hodoh wajahnya tanpa tepekan loreal di pipinya... mithalinya kamu...

Bayangkan begini... bayangkan di Tanah Melayu ini punya sebuah kilang membuat senapang kepunyaan yahudi... dan anak saudara kamu si samad bekerja di situ... setiap hari bekalan senapang akan dihantar ke palestin sana buat bekalan askar yahudi...

Tiada bezanya kilang senapang itu dan kilang neskape yang duitnya dihantar setiap beberapa sen membeli peluru untuk saudara-saudara kamu... jika kamu kata itu tiada masalah... maka benarlah kata ebiet bahwa kita selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa...

Jumaat, 9 Januari 2009

65 - Anomali


Butiran bening terasa jatuh di hujung mata... lalu kita memekik melolong memarahkan syaitan semak dan yahudi yang bermaharajalela... BIADAP!!!! terdengar jeritan di sebuah rumah teres dua tingkat di hadapan ruang tivi di rumahnya...

Sejam kemudian tamatnya Buletin Utama... dan kita kembali kepada rutin harian kita... menonton gangstarz selepas waktu perdana... bergelak ketawa sambil menikmati hidangan neskape bersama keluarga...

Terlupa anak-anak seusia Fansuri di satu tempat di bumi yang sama... bergelut dengan maut sebelum kembali mengadap Yang Esa... Dalam tangisan Ayah cuma mampu berlutut dan berdoa... Syurgalah di tanganmu... Tuhanlah di sisimu...

Isnin, 5 Januari 2009

64 - Ganja

Sekiranya kamu tidak berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR atau SPM yang lalu maka janganlah kamu kecewa... misalnya kamu cuma memperolehi 4A4B... itu membuktikan kamu telah menikmati hidup kamu sepenuhnya dan berhak berasa gembira dengan usaha kamu itu... Yang lebih penting kamu bukan geek yang konon pandai tapi ingat engineer itu kerjanya tiap hari menengok enjin... Bangang...

Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang tidak memperolehi sebarang A tak perlu bunuh diri atau cuba lari dari Tanah Melayu... Sumpah! si Hisyamudin belum lagi mengeluarkan gezet murid yang tidak mendapat A dalam mana-mana matapelajaran akan dihukum tembak... Belum lagi...

Kalau anak sudah memperolehi 8A maka tahniah diucapkan... tak tahulah saya apa yang kamu dah lakukan tapi tahniah saya ucapkan... Sila beritahu anak kamu yang 8A itu bahwa engineer itu maknanya Jurutera dalam bahasa melayu... dan jurutera bukan kerjanya menjaga enjin...

Sila juga berhenti memuji-muji anak sendiri... maaf cakap... anak kamu tu belum jadi doktor lagi... dan kamu juga perlu berhenti berbicara dengan saya dengan perkataan saintifik kamu yang saya amat pasti kamu pun tak tahu apa yang kamu sebutkan...

Saya faham kebiasaan ibubapa memang melebih-lebih dalam hal anak-anak... Jika anak cemerlang di hari penyampaian hadiah... Ibulah yang akan memakai pakaian paling canggih... kalau boleh digantung di leher anaknya "Ini anak Perempuan yang pakai baju merah Pokadot Hijau tu" memang akan dibuatnya... Duduk pun di depan sekali agar semua boleh kenal...

Yang anak kurang cemerlang pula semacam ada penyakit untut... disorok anak tu habis-habisan... kalau ada yang bertanya dikata "memang bodoh budak tu! ikut ayahnya gamaknya!". Bagus! dengan suami dengan anak sekali dia derhaka.

Bagilah ruang pada anak untuk bernafas dengan menjadi diri sendiri... bukan menjadi apa yang kamu mahu dia jadi... asalkan baik kamu patut mendorong dia... bukan menjadikan dia sebagai bahan untuk kamu berbangga-bangga...

Dan saya ingatkan lagi! engineer bukan kerja menjaga enjin! Faham! Bahalol!