Isnin, 19 Ogos 2013

171 - Sombong jangan kamu

Bakal menantu lelaki yang peramah dan rajin bercakap sebelum menikah kebiasaannya adalah penipu mengikut pengalaman saya. Kebiasaannya mereka ini sesudah menikah akan menjadi sangat senyap dan gemar menyendiri di rumah saudara mara terutama dari belah isteri.

Lebih baghal lagi, lelaki ini sangat sibuk dengan gajet yang dibawa. Misalkan nyawa mereka bergantung kepada gajet yang itu dan wajib tidak boleh tidak harus mereka layan daripada melayan saudara-mara di depan mata. Kebanyakan mereka ini sangat sengkek sebelum bernikah dan setelah diberi rezeki oleh Allah Taala setelah berbini mereka menjadi sangat sombong.

Buat lelaki jenis ini, kamu mungkin sudah sangat senang tapi janganlah kamu risau kerna kami pun bekerja juga dan berduit juga. Tidaklah kami ini dilahirkan untuk meminta-minta kecuali perhatian bila sekali-sekala bertemu mata. Saya tidak kebulurkan wang ringgit kamu kerna untuk pengetahuan kamu, saya pun kaya juga.

Buat lelaki jenis lain, janganlah kamu-kamu menjadi mereka ini. Atau sekurang-kurangnya jangan muncul di hadapan saya kerna saya ini amat nipis lapis sabarnya.

Selasa, 23 April 2013

170 - Perayaan Memilih 2013

Di saat kami membahaskan kelangsungan ekonomi yang memberikan kesan kepada rezeki yang masuk ke mulut kami, kamu masih sibuk bercerita benda yang masuk ke dalam anu dan punggung orang lain.

Kamu sangat Low Class.

Rabu, 6 Mac 2013

169 - Selamat Hari Lahir ke-6

Di PPUM, 6 tahun dulu, di waktu-waktu seperti masa ini. Aku duduk, terlentang, terbaring, menelungkup dsb di atas sofa buruk hospital bersalin menanti dia datang. 

Bila dia tiba, aku bisikan di telinganya... Allah maha besar... tiada tuhan selainNya... Muhammad itu rasulNya... dirikanlah solat... tujulah kejayaan... dan kuulang lagi Allah maha besar dan tiada tuhan selainNya. 

Selamat Hari Lahir Adam Fansuri Mazuan. Ingatilah bisikan pertama Ayah itu walau selepas Ayah tiada.

Khamis, 21 Februari 2013

168

Saya cuma mahu menulis. Tanpa niat lain yang tersirat. Tidak wajarkah bila saya menulis maka saya sayangkan kesemua tulisan-tulisan saya? Apa yang saya dapat cuma kepuasan tapi itu pun tidak dibenarkan dan dinafikan.

Sekarang saya dihina, dicaci dan dimaki. Sayalah manusia paling jahat. Apa saja sebab yang saya beri kesemuanya dianggap dusta. 

Tuhan, jika benar saya salah kau cabutlah nyawa saya ini atau hukumlah saya sehukum-hukumnya.

Saya cuma mahu menulis. Tak mengapalah, tak ada siapa pun akan percaya...

Rabu, 20 Februari 2013

167 - Nasihat saya

Disebabkan tiada apa yang mahu ditulis jadi saya titipkan pesanan saya buat ini hari; Insan yang patut kamu bersungguh jadikan lebih baik adalah kamu yang semalam.

Rabu, 13 Februari 2013

166 - Sakit saya ini apa bisa sembuh?

Dalam hidup ini begitu banyak yang kita hendak capai, namun bukan semuanya dapat sepertimana yang kita kehendak. Tuhan ada rencananya yang tersendiri buat kita. Kita hamba, apa lagi yang boleh kita perbuat selain daripada menuruti kehendak takdir.

Ustaz Yutiub yang terkenal itu pernah berkata bukan semua yang kita hajatkan Dia akan bagi. Kalau Tuhan bagi semua, punah dunia ni. Mungkin lawak tapi saya percaya apa yang dikatakan Ustaz Yutiub itu benar.

Jalan kehidupan ini memang penuh ranjau, terpulang kepada kita bagaimana kita mahu mengharunginya. Jika terjatuh apa lagi yang kita boleh buat? Bangun! dan jalan terus, itulah jawabnya. Jika jatuh lagi? Bangun dan bangun lagi! Jalan dan terus jalan.

Adakah kebahagiaan bakal ada di depan? Tak ada siapa yang tahu. Tak mungkin siapa yang tahu. Kerna itu kerja Tuhan.

Mengapa saya sangat melankoli bunyinya kali ini? Mengapa entri kali ini terlalu banyak tanda soal? Jawabnya, memang dalam kepala saya saat ini banyak benar soalan-soalannya. Saya banyak bertanya pada Tuhan sesudah sembahyang kebelakangan ini, seperti biasa jawapan dariNya tidak terus datang waktu itu juga. Maka teruslah kita menanti jawap dari Tuhan.

----------------------------------------

Gema Jumaat tadi ditaja oleh Susu Cap Junjung sebagai Penaja Utama. Suara Kak Mah bagi latar persembahan tadi dibawakan oleh Afdlin Shauki yang dimekapkan oleh Adik Julie. Majlis kini menjemput Ustaz Akil Hayy untuk menyanyikan sebuah lagu kerna dia baik.

Rabu, 6 Februari 2013

165 - Ini Rindu


Di dalam aku ada sekeping hati
meski berdarah di dalamnya ada rindu
Walau kamu tak pernah faham dan tahu

Sungguh aku rindu kamu... kamu... dan kamu...