Rabu, 29 Oktober 2008

53 - Quo

Kesian dengan budak-budak yang baru keluar U... baru setahun jagung bekerja, mak bapak dah bising bila nak kawin???

Lebih lagi kalau anak perempuan... macam nak menjual saham masa harga tengah naik rupanya... yang lelaki pulak mak ayah sibuk nak mengkenen dengan bermacam juak-juak sedara-mara yang ada macamlah anaknya tu kerjanya CEO kompeni gergasi Anak Menantu PM Sdn Bhd...

Paling parah lagi bila yang berhingus belum tau berfikir lagi... masih sekolah lagi... pun sibuk disuruh kawin... Itu lagi satu gila!!! Tak kesahlah kalau sekolah di negara Matahari Terbit sekali pun... x-ray otak anak kamu dulu tahu berfikir matang ke tidak... kalau di x-ray ke kote memang la cepat matang... Budak tingkatan 1 sekarang ni pun ramai yang jadi Bapak...

Bila dah kawin nanti mula sibuk tanya bila nak dapat anak pulak... kalau lambat sikit mula lah menuduh dia tu mandul la, dia ni benih berat lah...

Disebabkan sayang mak ayah lah ramai budak-budak sekolah zaman sekarang beranak dulu sebelum menikah... tapi bila balik bawak cucu dimarah pulak budak tu... anak pun jadi pening... sibuk kata nak bercucu tapi bila dibagi cucu dimarah pulak...

notakaki: entri ini tiada kena mengena dengan yang telah hidup atau sedang meninggal dunia...

Isnin, 13 Oktober 2008

52 - Hahahaha

Ahad, 12 Oktober 2008

51 - Majazi

i.

Ramai orang sudah bosan bersaudara bersama televisyen di hari raya... Sudah jelak barangkali dengan isu yang sama saban tahun... balik-balik dengan artis menganyam ketupat... mengacau dodol yang halimunan... ataupun menyanyi balik-balik lagu yang sama berulang kali...

Cerita di kaca tv jangan dicerita lagi... penuh dengan pelbagai drama linangan air mata... dari pondok buruk 1, pondok buruk 2, quran buruk1, quran buruk 2, tikar buruk dan macam-macam lagi perkara-perkara buruk yang perlu ditonton di hari raya... karyawan kita sudah mandul dengan idea baru...

Lepas satu penyakit datang pula penyakit baru... Saudara baru untuk rakyat tanah melayu ketika ini adalah telefon bimbit yakni SMS... ke mana-mana pun boleh dijumpa adik-adik yang baru bersunat sibuk dengan sms... saudara di depan bagai tak ada depan mata... tangan sibuk memicit butang di telefon... kekadang macam orang gila ketawa sorang diri...

Saudara-saudara baru yang tidak diundang ini akan silih berganti saban tahun... Tahun hadapan Aidilfitri akan tiba kembali dan bersama kita nantikan apa saudara baru yang bakal muncul nanti...


ii.

"What is malacca??? and why the hell they call me Grandfather????" Dato' Shah Rukh Khan.

Isnin, 6 Oktober 2008

50 - Selangor

Walau agak lambat mengucapkannya saya tetap ingin menyampaikan selamat menyambut hari raya untuk kawan-kawan semua. Harap dimaafkan semua kesalahan saya. Sama-sama kita berdoa agar bertemu lagi Ramadan dan sama-sama kita berazam untuk menjadi lebih baik dari selepas hari raya tahun lalu.

Wassalam.