Ahad, 12 Oktober 2008

51 - Majazi

i.

Ramai orang sudah bosan bersaudara bersama televisyen di hari raya... Sudah jelak barangkali dengan isu yang sama saban tahun... balik-balik dengan artis menganyam ketupat... mengacau dodol yang halimunan... ataupun menyanyi balik-balik lagu yang sama berulang kali...

Cerita di kaca tv jangan dicerita lagi... penuh dengan pelbagai drama linangan air mata... dari pondok buruk 1, pondok buruk 2, quran buruk1, quran buruk 2, tikar buruk dan macam-macam lagi perkara-perkara buruk yang perlu ditonton di hari raya... karyawan kita sudah mandul dengan idea baru...

Lepas satu penyakit datang pula penyakit baru... Saudara baru untuk rakyat tanah melayu ketika ini adalah telefon bimbit yakni SMS... ke mana-mana pun boleh dijumpa adik-adik yang baru bersunat sibuk dengan sms... saudara di depan bagai tak ada depan mata... tangan sibuk memicit butang di telefon... kekadang macam orang gila ketawa sorang diri...

Saudara-saudara baru yang tidak diundang ini akan silih berganti saban tahun... Tahun hadapan Aidilfitri akan tiba kembali dan bersama kita nantikan apa saudara baru yang bakal muncul nanti...


ii.

"What is malacca??? and why the hell they call me Grandfather????" Dato' Shah Rukh Khan.

3 ulasan:

Ami berkata...

Tu lah dia. Macam mana si Hindu yg duk kat Headquarters sana dia leh tergerak hati nak kasi pangkat?

Main sms kat umah sedara. Esok mati mcm la kwn2 sms tu datang tolong mandikan mayat.

Super Nia Hana berkata...

bebudak bersms ms raya?
dh byk sgt.
sampai sedara tanya tak berbalas

Super Nia Hana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.