Isnin, 31 Mac 2008

17 - Sabitah

Lama tidak menulis di sini sebenarnya adalah rancangan saya yang tersimpan rapi agar saya turut setanding dengan blogger-blogger yang terkenal... adalah satu trend kini bagi para blogger mengambil masa yang lama untuk mengemaskini... pembaca-pembaca yang kebuluran pula akan setiap hari datang melawat untuk melihat hasil mahsul yang terbaru... nampaknya rancangan saya itu agak berjaya...

Sebagai contoh... lihat sahaja seperti ami yang dahulunya menulis blog bagai makan ubat 3 kali sehari kini sudah mula jarang-jarang menulis... saya amat kagum dengan kelambatan beliau mengemaskini blog beliau itu...

Hana yang menulis blog buat insan-insan terpilih itu juga lama mengemaskini blog beliau... tetapi selain dari sebab begitu popular saya juga faham bahawa bos tempat kerjanya begitu sadis sekali orangnya...

Bagi insan-insan lain yang tidak disebut blognya di sini anda tidak perlu bersedih hati... anda seharusnya berbangga kerana Pak Menteri kini sudah mula membuka mata dan telah menyampaikan hasrat hati untuk bersua muka dengan kamu para blogger...

Jika dahulu Tok Ina yang handal bertaekwondo itu mengatakan kerja blog ini kerja syok sendiri kini sudah ada pak menteri yang menggantikan Pak Maidin yang mahu ambil tahu tentang blog-blog di tanah air... Tapi rasanya cukup sekadar meletakkan komen dari bersua muka kerana saya yang sungguh terkenal ini sangat pemalu orangnya...

Hari ini yang lebih mengejutkan saya bila bekas orang besar negeri selangor yang mukanya selalu muda itu sudah mula pandai berblog... banyak benar masa lapang agaknya...

Jumaat, 28 Mac 2008

16 - Budi

Khamis, 27 Mac 2008

15 - Tokidoki

Saya telah ditag oleh hana untuk membuat sebuah kerja sekolah... dalam kacau-bilau saya sempat menjawab seberapa yang mampu...
  1. The song you’ve been most singing to yourself recently
    I cant tell you why.... by Eagles... jangan tanya mengapa sebab saya sendiri tidak mengerti... oh... lagi satu lagu dua budak hitam...
  2. What do you currently want right now?
    keamanan
  3. What did you do today?
    membuat kerja yang tak siap-siap dan mengacau-ganggu rakan ofis
  4. What have you been thinking about most today?
    Bila nak selesai hal rumah?
  5. Do you ever just sit outside and watch the stars?
    Selalu... terutama di kampung di mana bintang selalu cerah...
  6. What is your current annoyance?
    kerja
  7. Do you want a new cell phone?
    tak mahu...
  8. Are you waiting for someone right now?
    tidak
  9. Name two things you’re looking forward for next week?
    berada di rumah baharu... bersama masalah berwajah baru...
  10. Can you make new friends easily?
    saya sangat sombong...
  11. ?
    ?
  12. Do you plan out what you wear the day before you wear it?
    tak pernah... semua disediakan kawan baik saya yang lagi satu... jika baju tarzan disediakan... maka tarzan lah hari itu...
  13. What is life to you?
    tak pasti.... yang saya pasti adalah hidup bukanlah sebuah pendakian ke puncak...
  14. Have you ever fallen for your best friend?
    Pernah dan sudah punya cahayamata seorang
  15. If you had a chance to save someone significant to you, would you?
    Ya
  16. How many times do you eat each day?
    tidak menentu... bila lapar... dan saya selalu lapar...
  17. How do you cheer someone up?
    dengan menceriakan diri seceria mungkin...
  18. Are you a morning person?
    tidak
  19. Is it easier for you to fall asleep or to be woken?
    senang tidur... susah bangun...
  20. Think of one person, stick with it. You don’t have to say their name. Would you pick them up alone 100 plus miles away if it was your birthday?
    Wah! mengapa dia yang keluar?
  21. Give two reasons why you get distracted in work.
    internet.... internet...
  22. Do you think it’s funny when people get hurt?
    tidak... saya tidak sekejam itu...
  23. Would you rather go to Tokyo or Paris?
    Paris... kerna diri saya agak sekata dengan manusia di sana...
  24. Do you have a guitar in your house?
    tidak... saya berjari bangku...
  25. Do you wish you were somewhere else right now?
    di rumah di mana mereka yang tersayang berada...
  26. How often do you get onto friendster?
    dah terlalu jarang selepas terciptanya blog di blogger
  27. How long can you go without your mobile phone?
    sejauh mungkin tapi dengan pelbagai kepayahan...
  28. Where’s your mobile phone?
    terselit di talipinggang

Rabu, 19 Mac 2008

14 - Margasatwa

Memiliki nama Osman sebagai seorang QS bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan... silap-silap haribulan kamu boleh dipenjarakan kerana melakukan gangguan seksual...

Kerjaya QS di Malaysia ini tidak begitu dikenali... Belum pernah lagi rasanya saya ketemu dengan pelajar sekolah yang bercita-cita menjadi seorang QS... arkitek pernah... jurutera kadangkala... doktor selalu (ramai yang berjaya sebagai doktor peribadi di sini)... QS belum pernah...

Bos besar di tempat saya misalnya mengabadikan nama beliau di papantanda niaga pejabat beliau... Dengar ceritanya dahulu beliau cuba untuk tidak meletakkan nama beliau sebaliknya menggunakan nama Perunding Berakan... Setelah beberapa kali nama tersebut disebut secara Perunding Berak Kan maka kemudiannya ditukar kepada Nik Farid dan Loh Sdn... kini nama tersebut telah diringkaskan kepada Perunding NFL sahaja... Namun hingga kini jika NFL disebut maka nama Nik Farid akan terpacul dari mulut pendengarnya... hebatnya nama itu...

Saya ingin mengingatkan di sini bahawa QS itu nama eropahnya... nama melayu bagi QS adalah Juru Ukur Bahan... aduh! panjang sekali bukan??? jika disebut laju boleh jadi 'Juru Gubahan'...

Maka ada jua beberapa firma ternama yang menggunakan nama Juru Ukur Bahan sebagai tandaniaga mereka seperti KAS Juru Ukur Bahan, Juru Ukur Bahan Malaysia, Juru Ukur Bahan Antara dan lain-lain...

Tamat sudah kuliah mengenai Firma Juru Ukur Bahan... Berbalik kepada nama Osman tadi... jika Osman berjaya menjadi seorang Juruukur Profesional sekalipun terdapat satu nama firma yang menjadi taboo kepada beliau... ini adalah kerana kebanyakan firma dikenali dengan nama singkatannya...

Perunding Nik Farid & Loh - PNFL

Juru Ukur Bahan Malaysia - JUBM

Juru Ukur Bahan Antara - JUBA

Cuba kamu bayangkan nama Juru Ukur Bahan Osman....

Selasa, 18 Mac 2008

13 - Mandiri

Ada sebuah lagu yang saya nyanyikan sesekali ketika mendodoi Adam tidur atau memujuknya agar tidak menangis... selain memiliki wajah yang kacak suara saya juga begitu merdu...

Tapi nasihat yang ada dalam lagu ini sungguh bermakna sekali... saya menyayi kerana ingin Adam mengingatinya...

Oh! Anak

Bintang-bintang ke syurga
Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah
Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa
Keikhlasanmu

Kalau ada bendanya
Mesti ada namanya
Kalau ada isinya
Mestilah ada bekasnya

Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan
Kepada Sang Pemilik
Kehendak dan ikhtiar
Rindumu yang sebenar

Perlahan-lahan makan anak sayang
Jangan sampai tercekik paku seluruh alam
Berhati-hati minum sayang
Jangan sampai tersedak buih satu lautan
Perlahan-lahan jalan sayang
Jangan sampai tersandung bendul gunung impian
Berhati-hati tatang, alahai intan
Jangan sampai kau tertumpahkan
Setitis pun kasih sayang
Kelak kau 'kan hidup dalam
Kekesalan berpanjangan...

Lagu: M. Nasir
Lirik: Loloq

Rabu, 12 Mac 2008

12 - Saga

- habislah perak dah jatuh ke tangan cina

- tak ada harapan lah kita nak dapat balik negeri tu

- menyesalnya keme ngundi pembangkang ari tu

- padan la muke dipeghintah dek cine

Benarlah kata Ust Ismail Kamus... lebih banyak bercakap seseorang tu maka lebih tahulah kita betapa benaknya ia... Saya sebenarnya agak malas untuk menulis... kerja juga ada sedikit ramai untuk diberikan perhatian dan kasih sayang... tapi kehadiran puak-puak yang tidak ke sekolah sangat merimaskan diri saya yang pernah berikrar untuk tidak memperkatakan mana-mana hal politikus...

Selama pulau yang bernama pokok itu diperintah oleh si sepet terdahulu... tidak pernah pula saya mendengar rungutan sedemikian rupa... entah kenapa bila si sepet yang lagi satu memenangi pulau itu bersama negeri silver maka kecoh berlaku di sana sini mengenai hilangnya kuasa melayu di nusantara ini... manusia yang sama tidak pernah pula mahu bising ketika hukum tuhan dipersenda oleh ameno atau ketika tanah rezab melayu hilang entah ke mana...

Menyampah benar saya melihat muka-muka sedih dan meleret-leret umat melayu yang menangisi berkurangnya kuasa melayu atau kuasa ameno yang sebenarnya...

Ramai mahu masuk ke syurga tapi tiada yang mahu mati...

Jika untuk dolah dan sepet terdahulu rakyat tanah melayu boleh membenarkan kebodohan untuk lebih muhibah.... mengapa tidak sekarang?

Khamis, 6 Mac 2008

11 - Odisi

Keupayaan untuk meninggi-ninggikan diri adalah satu bakat... jika kamu sememangnya bersaiz tinggi maka itu satu anugerah... yang diceritakan di sini adalah orang yang mampu mencanang tentang kehebatan dirinya tanpa ada rasa malu dan ragu... hatta jika ada cili di gigi sekalipun beliau akan giat untuk memuji-muji ke hadrat dirinya itu...

Sikap yang bagus untuk ke temuduga budak pejabat tapi bukan untuk bertemu rakan-rakan... tapi sangat dialu-alukan sekiranya ada rakan yang tercekik tulang yang memerlukan bantuan untuk muntah...

Bakat tersebut juga sesuai digunakan jika kamu ingin menjadi salesman dari rumah ke rumah... pernahkah kamu lihat salesman yang menjual barang ala kadar tanpa memuji-muji betapa hebatnya barang yang dijual itu??? Nescaya jika yang dijualnya itu sejadah maka dikempennya sekali hingga pakej gerenti masuk syurga... Akan dipastikan kamu membeli hatta penyepit rambut sekalipun seperti penyepit rambut itu adalah keluaran turun temurun nenek moyangnya yang harus dipertahankan...

Sebagai seorang yang cuba untuk menjadi seislam mungkin, ingin saya nasihatkan kamu bahawa sifat riak dan takabbur itu milik tuhan... bukan manusia...

Selasa, 4 Mac 2008

10 - Ruka

Harijadi Adam Fansuri akan tiba dua hari lagi... tak sangka anak ayah itu sudah semakin besar... saya masih boleh mengingati Adam ketika mula-mula dilahirkan... besarnya sekadar dua tapak tangan... Di ulangtahunnya yang pertama ini saya berkira-kira mahu menghadiahkannya permainan yang baru serta majlis harijadi buat yang termampu... Semoga berbahagia Adam Fansuri bersama kasih sayang ayahanda dan bondanya...

Suatu masa dahulu di sekolah rendah ada seorang pelajar yang bernama Azmi... adik-beradik Azmi ada seramai lapan orang... Azmi tinggal di rumah setinggan di Kampung Biol... Semasa Azmi kecil mak Azmi mengambil upah membasuh baju di rumah orang cina di OUG... itulah yang azmi faham mengenai kerja maknya ketika di darjah satu... Abah Azmi bekerja di sebuah kilang di jalan kelang lama... kedua-dua mereka akan berbasikal menuju ke tempat kerja mereka yang tak kurang jauhnya dari rumah walau basah hujan atau terik mentari...

Mak Azmi selalu membawa pulang bersama permainan dari rumah majikannya... selalunya diberi oleh majikan mak azmi kerana sudah tidak cukup sifat atau anak majikannya sudah bosan dengan permainan tersebut... Dengan permainan tersebut itulah Azmi membina dunianya sendiri... Azmi tidak suka berkawan dengan itu banyak masanya dihabiskan dengan permainan atau dengan maknya jika ada di rumah...

Walaupun hidup tak berada, mak azmi sangat pentingkan pelajaran... biar hidup susah asalkan berpelajaran... Mak Azmi selalu berkata manusia selalu ditipu sebab tak berpelajaran... Azmi tak faham... tapi azmi berjanji pada mak azmi... azmi akan bawa mak azmi keluar dari rumah setinggan ini dan hidup lebih bahagia bila azmi berjaya kelak...

Satu hari di tahun 1995, mak azmi jatuh sakit lepas bersarapan pagi di rumah... sakit dalam perut... azmi cuma mampu lihat mak azmi mengerang kesakitan... azmi tak mengerti apa-apa... azmi baru berumur 14 tahun ketika itu...

Mak azmi dikejarkan ke hospital... lama mak azmi berada di sana... pembedahan demi pembedahan terpaksa mak azmi lalui... Dalam Mak Azmi di Hospital adalah dua kali Azmi datang melawat... Azmi kata sibuk buat hal sekolah... Di hati Azmi, dia sedih melihat maknya begitu... berselirat dengan pelbagai wayar dan saluran... sedih melihat maknya tidak bermaya...

Kakak Azmi yang dulu selalu dimarah mak sebab selalu berjalan jauh-jauh malam kini yang diharapkan menjaga mak azmi... Setia di sisi mak azmi setiap waktu...

Mak Azmi dibenarkan pulang pada suatu hari... tapi mak azmi masih kelihatan tidak berdaya... Hari lahir mak azmi tiba tepat pada waktunya... Azmi sekeluarga meraikannya... terukir senyum di wajah lemah mak azmi... Pernah mak azmi berkata... Tak mengapa mak susah asalkan anak mak bahagia...

Mak Azmi kembali sakit tak berapa lama selepas itu... pembedahan dilakukan sekali lagi... mak Azmi terlantar di katil hospital kembali...

Pada suatu malam tepat jam 3 pagi... Makcik Esah sebelah rumah mengejutkan Azmi dari tidur... Mak Azmi sudah tiada... Azmi tidak menjerit... Azmi tidak melaung... Airmata jatuh ke bantal tempat azmi tidur... Azmi diam...

Pagi yang hening itu redup sekali... seredup hati azmi... Mak Azmi selamat disemadi...

13 tahun sudah berlalu... Azmi telah berkeluarga sekarang ini... tidak pernah lupa azmi kepada maknya... setiap saat azmi ke universiti... setiap saat azmi berada di hari konvokesyen... selangkah yang pertama ke tempat mula bekerja... di hari perkahwinan dan waktu menimang cahayamata pertama... mak azmi sentiasa di hati... alangkah indahnya jika mak azmi ada di sisi...

Lama benar cerita ini... langkau sahaja cerita yang lain-lain... ringkasan cerita...

1. Abah Azmi berkahwin lain tak lama selepas kematian mak azmi... kemudian berpindah ke Perak... Azmi tinggal bersama kakak dan adiknya di rumah setinggan itu....

2. Permainan yang diberi Mak Azmi dah lama tiada... Hilang bersama kebakaran besar kampung setinggan yang turut mengorbankan tempat berteduh yang suatu masa dahulu menjadi milik azmi dan maknya...

3. Nama sebenar Azmi adalah Mazuan bin Lin...

Semoga suatu hari nanti Adam Fansuri akan mengingati Ayahnya sesudah tiada sebagaimana Azmi mengingati Maknya sehingga ke akhir hayatnya...