Sebagai contoh... lihat sahaja seperti ami yang dahulunya menulis blog bagai makan ubat 3 kali sehari kini sudah mula jarang-jarang menulis... saya amat kagum dengan kelambatan beliau mengemaskini blog beliau itu...
Bagi insan-insan lain yang tidak disebut blognya di sini anda tidak perlu bersedih hati... anda seharusnya berbangga kerana Pak Menteri kini sudah mula membuka mata dan telah menyampaikan hasrat hati untuk bersua muka dengan kamu para blogger...
Jika dahulu Tok Ina yang handal bertaekwondo itu mengatakan kerja blog ini kerja syok sendiri kini sudah ada pak menteri yang menggantikan Pak Maidin yang mahu ambil tahu tentang blog-blog di tanah air... Tapi rasanya cukup sekadar meletakkan komen dari bersua muka kerana saya yang sungguh terkenal ini sangat pemalu orangnya...
Hari ini yang lebih mengejutkan saya bila bekas orang besar negeri selangor yang mukanya selalu muda itu sudah mula pandai berblog... banyak benar masa lapang agaknya...
6 ulasan:
ekekeek...
fungsi blog kadang2 boleh disalah erti
Apa pulak pengertian Cik Hana?
watashi menulis utk berkongsi
matrix,apa maksud kamu watashi munulis utk insan2 terpilih?
hana
bukan ke blog kamu cuma boleh dibaca setelah dibenarkan oleh kamu... cuma insan terpilih boleh membacanya...
Adakah "ami" dalam artikel kamu itu merujuk kepada aku?
ceh
ami
sekali sekala saya mahu juga mempopularkan rakan-rakan...
Catat Ulasan