Selasa, 22 Februari 2011

133 - Cinta Kereta Babi Berenang

Satu.

Cintakan apa agaknya manusia yang bakhil ini? Sayangnya duit macam nak dibawa ke mati. Setahu saya belum lagi digezetkan dalam mana-mana surah dalam Kitab Kata-kata Tuhan itu bahwa duit-muit yang banyak itu boleh dibawa sekali ke dalam kubur, tidak pernah!

Maka apa yang ditakutkan sangat akan kesempatan yang Tuhan bagi untuk kita menikmati hidup di dunia ini.

Dua.

Kereta saya rosak. Bila keadaan itu tiba mood saya selalunya akan jadi sangat celaru.

Tiga.

Tanpa berkaitan dengan perkara di atas, mengapakah ada sesetengah manusia yang memilih untuk menjadi babi?

Empat

Saya sebenarnya tiada idea untuk menulis tapi demi memikirkan peminat-peminat saya yang saban kali melalui blog ini maka rasa perlu saya meninggalkan sesuatu.

Lima

Lain kali jika ada mood saya akan bercerita akan kepandaian saya meneka sifat haiwan seseorang.

Tamat

Khamis, 17 Februari 2011

132 - Semalam di Buku Muka

Yang dianggap sahabat belum tentu menganggap kita kawan.

Khamis, 10 Februari 2011

131 - Malaysia vs Hong Kong

Semalam saya, Kwang, Hasnol dan Epul ke Stadium Melawati tengok bola Malaysia lawan Hong Kong. Disebabkan pasukan Malaysia menang maka kami terhibur. Jika ditakdirkan kalah maka penuhlah caci maki kami ke atas pasukan harimau malaya itu. Itu biasa, kerna yang menang dijulang yang kalah dibabikan.

Epul : Tak fight la Hong Kong lawan dengan Malaysia. Hong Kong takde umphhh!

Hasnol : Tu la pasai. Hong Kong ni tak dak Star ka?

Saya : Ada

Hasnol : Sapa?

Saya : Jackie Chan.

Hasnol : Pungkoq hang!

Dan Epul yang kurang daya tahan humor terkekek-kek ketawa nak keluar air mata.

Ahad, 6 Februari 2011

130 - Peserta AF yang kita suka

Manalah mungkin rakyat tanah melayu ini dipisahkan dengan nyanyian. Cukup dengan berdondang saying, berqasidah dan bersyair bersulam cara. Itu belum dicampur madah dan seloka.

Kalau berkenduri kendara terutamanya yang melibatkan nikah kawin, malu tuan rumah kalau tak disediakan acara nyanyi menyanyi. Kalau tak boleh dibuat joget lambak, dapat karaoke pun jadi le. Sedap tak sedap suara belakang kira. Yang penting ada nyanyi-nyanyi.

Nak diceritakan betapa sukanya kita pada nyanyi menyanyi inilah maka hatta perasmian mesjid pon wajib diajak orang menyanyi-nyanyi di majlis pembukaan. Kalau tak maka tak berserilah majlis itu dan tak khusyuklah jemaah nanti. Demi nak bagi halal, jemputlah kumpulan-kumpulan nasyid. Kalau kamu jemput kugiran rock nanti panjang pula ceritanya.

Memasuki Akademi Fantasia adalah satu kesyukuran tidak terhingga pada mak ayah di Tanah Melayu. Untung-untung bila dah keluar nanti akan ada gossip dengan artis-artis terkenal. Mak pun tumpang bangga dapat pulak kalau bermenantukan Rozita Che Wan. Sejuk perut mak mengandung.

Demi menghiburkan pengunjung blog ini maka saya ingin mempersembahkan nyanyian bakal peserta akademi fantasia yang akan mendapat undian terbanyak.