Ahad, 25 Disember 2011

141- Mahu jadi Santa?

Atas sebab musabab apa agaknya kamu bersungguh-sungguh benar mahu mengucap selamat untuk sambutan perayaan kawan kamu yang selain dari islam? Lalu bagi menghalalkan perbuatan kamu itu maka kamu cari-cari hadis dan ayat al-quran yang sehabis mungkin membolehkan kamu berbuat demikian.

Ya! Saya tahu ada fatwa yang memberi kamu lesen untuk mengucap selamat sebagaimana yang kamu mahu. Tapi, saya sejujurnya kurang yakin sedikit dengan pandai agama di Tanah Malaya ini tatkala fatwa yang diberi berkait hubung soal pemerintah yang mahu semuanya nampak saksama di kacamata masyarakat.

Parahnya, tidak pula saya nampak kamu sibuk mengucap selawat manakala nama Nabi saya disebut malah mengucap salam sesama saudara pun kamu malas yang amat. Tapi kamu cukup merasa rajin mengucap selamat menyambut hari kekufuran.

Tak tahu saya jika kamu ada tuhan yang boleh beranak dan diperanakkan. Tuhan saya tidak.


- Posted using BlogPress from my iPhone

140 - Selamat pengantin baru

Saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat sahabat saya Mohd Ikhwan bin Ramli bersama isterinya Khairunnisa (maaflah tak ingat nama saudagar minyak) yang melangsungkan perkahwinan tadi siang. Disebabkan saya berkira untuk hadir di majlis sebelah pengantin lelaki maka majlis siang tadi di johor tiada saya hadiri. Akan tetapi, doa tetap saya panjatkan pada Yang Satu agar memberi bahgia buat mereka berdua.

Dan ketika ikhwan membaca blog ini, saya pasti dia sudah pun mengetahui bahawa saiz bukanlah penentu segala.


- Posted using BlogPress from my iPhone