Selasa, 25 November 2008

59 - Pedagogi

wbl : Hati-hati kalau kamu berseronok di Zouk

d : Kenapa?

wbl :
Takut nanti ada yang masukkan sesuatu ke dalam minuman kamu... tahu-tahu esok kamu bangun dah tak berseluar... dah lah peha kamu tu besar... seluar tak ada saiz...

d :
Huhuhuhu... seluar saya pulak yang awak fikirkan... dara saya yang hilang tu tak diambik peduli pun....

wbl :
Apa pulak kena mengena dengan hilang dara??? saya cerita pasal orang curi seluar lah!!!

Jumaat, 21 November 2008

58 - Belanar

Saya berasa sungguh malu bila membaca mengenai beberapa manusia di Tanah Melayu yang ingin berdemonstrasi secara bogel di depan bangunan kerajaan... sudah hilang malu agaknya mereka...

Saya amat berbesar hati sekiranya acara itu melibatkan anak-anak dara yang dikumpul dari setiap pelusok rumah murah di sekitar darul ehsan tersebut... tapi jika kebanyakkannya cuma melibatkan penggunaan belalai berjambul putih maka nasihat saya hentikan saja...

Pertamanya tindakan menunjukkan lubang kencing dan tempat berak tersebut takkan memberikan apa-apa faedah kepada pihak yang menaikkan dan membayar sewa... kedua, kamu mungkin ditahan.... dan ketiga, kasihan lah pada para sherif yang terpaksa berpuasa tak lalu makan selepas meleraikan demonstrasi tersebut...

Kebanyakan yang menyewa rumah sewa kerajaan tu pun tak usah lah berbohong besar sebok nak mengatakan yang kamu tu orang susah... ramai orang yang duduk di rumah sewa kerajaan ni pun bukan layak sangat... ramai yang ada rumah sewa dua hingga tiga biji tapi masih mengaku orang susah sebab nak dapat rumah murah...

Cuba tengok rumah sewa kerajaan mana yang tak ada astro? Kayu pembaris bagi kekayaan di Tanah Melayu adalah memiliki astro... Rumah tanpa astro bermakna satu kemiskinan buat rakyat tanah melayu.... Kata miskin tapi masih mampu berHBO... gila...

Mengapa agaknya celaka-celaka yang ingin berbogel ini tidak mengugut melakukan harakiri ketika harga minyak naik atau terjun dari menara kl ketika harga barang melambung tinggi??? mengapa??? Takut mati???

Rabu, 19 November 2008

57 - Emeritus

Saya sebenarnya sudah lama mencari sebuah Novel bertajuk "Totto Chan Gadis Kecil Di Jendela" tulisan Tetsuko Kuroyanagi... Novel tersebut amat saya minati semasa saya kecil... sayang sekali sudah berdozen toko-toko buku yang saya kunjungi namun tidak juga kunjung jumpa...

Mudah-mudahan ada antara kamu yang tahu di mana buku tersebut maka tercapailah hasrat saya...

Selasa, 18 November 2008

56 - Ailet

Menyesal benar saya mengenali Makcik Melah Yang Lagi Satu...

Ceritanya begini... Saya pada mulanya berjaya mengelak dari membuat BQ... Bukan saya malas nak membuat... masakan insan rajin seperti saya ini malas... tapi ketika itu banyak sekali kerja berkaitan projek-projek di dalam tangan yang memerlukan belaian saya... jika ditinggalkan nescaya selepas itu klien pula akan membelai saya dengan penuh nista...

Akan tetapi saya terus digoda oleh Akak Jepon yang merayu-rayu agar saya menolong menyiapkan BQ beliau... Saya yang sememangnya berhati mulia akhirnya bersetuju mengambil BQ tersebut tapi saya berterus terang bahwa saya tidak akan mengira BQ itu... saya sebaliknya akan mengupah manusia lain untuk membuat BQ tersebut... Masalahnya disebabkan waktu yang singkat saya mengatakan yang jika ada apa-apa masalah maka keluarkan sahaja kemudian sebagai addendum...

Maka tiba waktunya BQ itu pon siaplah... dihantar untuk diproses dan ditender... nak dijadikan cerita... sebelum menyediakan tender tersebut Akak Jepon telah menender untuk meletakkan jawatan... yang menjadi hapraknya ketika tender berlangsung Akak Jepon telah tiba waktu tamat tempoh perkhidmatannya...

Lalu bermulalah kisah hitam dalam hidup saya diganggu oleh Makcik Melah Yang Lagi Satu... Diaturkannya satu mesyuarat bagi membincangkan kepincangan BQ yang kononnya saya buat tersebut... diwarwarkan pada umum tentang betapa bodohnya saya membuat BQ...Cerita tentang betapa bodohnya dia membuat BQ dan dokumen kontrak tidak pernah pula diungkit...

Disebabkan Makcik Melah Yang Lagi Satu Tidak Pernah Turun Padang ketika masalah membuat BQ berlangsung maka dia tidak menyedari bahwa jangkawaktu menyediakan BQ tersebut begitu singkat... yang berlegar dalam kepala beliau cuma nama beliau yang bakal dijulang kerana berjaya menghasilkan BQ pertama yang menggunakan SMM2...

Demi menunjukkan dia seorang yang sangat pandai maka ditunjukkan manusia lain ini nampak bodoh... Buat kali pertama dalam hidup saya berjumpa dengan manusia yang sangat bangang 'PR'nya...

Saya sebenarnya kurang rajin hendak berfikir mengenai Makcik Melah Yang Lagi Satu itu... buat sakit kepala saya sahaja... Cuma janganlah hendaknya saya terlibat dengan beliau lagi... Seksa benarnya rasanya saya hendak menyelamatkan dia dari diri saya yang satu lagi... Amin!

notakaki: BQ dan SMM2 bukan sejenis makanan... dan payah sekali hendak memelayukan perkataan PR...

Selasa, 11 November 2008

55 - Aedema

Surat dari Pengundi Manja buat YB

Assalamualaikum,

Saya adalah salah seorang pengundi Nurul Izzah di Lembah Pantai pada hari keramat 8 Mac 2008 yang lalu.

Saya mewakili pengundi-pengundi PKR di Jalan Puchong yang sudah mula tertanya-tanya di mana batang hidung YB mereka yang tak kunjung datang selepas pilihanraya berlalu.

Saya pasti yang YB amat sibuk dengan tugas, saya amat pasti. Tapi mungkin ada baiknya digali masa yang terluang agar ke sini. Sudah ramai yang merungut dan bila saya katakan ramai itu maknanya jari YB sendiri sudah tak cukup mengira ramainya yang merungut ketidakhadiran YB ke Jalan Puchong ini.

Mungkin ada majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak YB tapi tidak kesampaian kepada kami yang di pedalaman ini. Jika pun sampai, tak terdaya pula kaki kami hendak ke sana. Bukanlah manja pula yang diminta kami, cukup jika datang bertanya khabar.

Ada juga baiknya jika YB boleh menyinggah di kediaman berhadapan Masjid Abd Rahman bin Auf, penduduk di situ sudah tidak tahu ke mana mahu mengadu. Tempat berteduh selama ini bakal dijual dek tuan rumah ke tuan yang lain. Maka tempat menahan panas dan hujan selama ini bakal dirobohkan dan dibina pembinaan yang baru. Itu tak menjadi soal kerana sudah haknya tuan tanah begitu. Tapi ada baiknya jika YB bergegas ke sana dan bertanya khabar mereka kerana takut ada yang selepas ini terpaksa tidur di tepi jalan kerana tak dapat mencari rumah yang sesuai dengan pendapatan mereka.

Untuk makluman YB, ramai antara mereka ini adalah orang yang berpanas berhujan bermalam ketika berkempen untuk YB dahulu.

Akhir kata, semoga YB dapat meluangkan masa bertandang ke kawasan kami.

Terima kasih.

WANBINLIN

Selasa, 4 November 2008

54 - Alopesia

Kenapa agaknya kita amat cepat menghukum???

Adakah kerna kita seorang yang amat pandai atau mungkin kerna kita seorang yang selalu beranggapan bahwa kita sempurna setaraf tuhan??? Haram jadah sungguh jika begitu...

Saya beranggapan bahawa manusia yang begitu cepat menghukum adalah manusia bangang... mungkin kamu terlalu dungu untuk memahami perumpamaan 'The first twenty minutes u know about a man is a lie"... Menghukum keperibadian seseorang dengan sekali pandang tak ubah macam kamu berfikir guna kepala lutut....

Sebagai contoh... mana mungkin dalam masa kamu berborak seminit dua dengan saya maka kamu terus membuat anggapan bahawa saya lah manusia yang mampu menandingi Ayah Pin dari segi kepopularannya... atau dengan melihat wajah perempuan gemok di sebelah meja, kamu terus membuat hipotesis bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Pertubuhan Yakuza yang paling digeruni... Anggapan kamu walaupun berdasarkan pemerhatian kamu terhadap kekacakan saya dan garang wajah Perempuan Gemok adalah tidak berasas...

Mudah cerita... kamu tidak akan benar-benar mengenali seseorang itu jika kamu tidak tidur sebantal dengannya... Yang diperlihatkan di luar kacamata kita cuma topeng-topeng bagi mengaburi wajah sebenar mereka... maka saya percaya selepas ini akan ada ramai yang mengajak saya untuk tidur sebantal bagi lebih mengenali diri saya... hahahaha...

notakaki: maaf kerna saya terlalu inggeris bagi memelayukan perumpamaan di atas selain dari ingin kelihatan lebih urban...