Selasa, 4 November 2008

54 - Alopesia

Kenapa agaknya kita amat cepat menghukum???

Adakah kerna kita seorang yang amat pandai atau mungkin kerna kita seorang yang selalu beranggapan bahwa kita sempurna setaraf tuhan??? Haram jadah sungguh jika begitu...

Saya beranggapan bahawa manusia yang begitu cepat menghukum adalah manusia bangang... mungkin kamu terlalu dungu untuk memahami perumpamaan 'The first twenty minutes u know about a man is a lie"... Menghukum keperibadian seseorang dengan sekali pandang tak ubah macam kamu berfikir guna kepala lutut....

Sebagai contoh... mana mungkin dalam masa kamu berborak seminit dua dengan saya maka kamu terus membuat anggapan bahawa saya lah manusia yang mampu menandingi Ayah Pin dari segi kepopularannya... atau dengan melihat wajah perempuan gemok di sebelah meja, kamu terus membuat hipotesis bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Pertubuhan Yakuza yang paling digeruni... Anggapan kamu walaupun berdasarkan pemerhatian kamu terhadap kekacakan saya dan garang wajah Perempuan Gemok adalah tidak berasas...

Mudah cerita... kamu tidak akan benar-benar mengenali seseorang itu jika kamu tidak tidur sebantal dengannya... Yang diperlihatkan di luar kacamata kita cuma topeng-topeng bagi mengaburi wajah sebenar mereka... maka saya percaya selepas ini akan ada ramai yang mengajak saya untuk tidur sebantal bagi lebih mengenali diri saya... hahahaha...

notakaki: maaf kerna saya terlalu inggeris bagi memelayukan perumpamaan di atas selain dari ingin kelihatan lebih urban...

7 ulasan:

Ami berkata...

Bos Yakuza?
Seram gila aku..tak berani menyakat dia dah.

hajarss berkata...

ntahnye. baru tgk muka yakuza ni sminggu trus benci pd perempuan gemok hodoh tp budget cun dan prasan bagus. ntah hape2.


ahahaha

hajarss berkata...

ami, aku yakuza berdaftar, jgn kamu risau. wajah saja kelihatan garang, tp aku persis wanita melayu yg sopan santun, lemah lembut etc.

Super Nia Hana berkata...

nggapan bahawa saya lah manusia yang mampu menandingi Ayah Pin dari segi kepopularannya... atau dengan melihat wajah perempuan gemok di sebelah meja, kamu terus membuat hipotesis bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Pertubuhan Yakuza yang paling digeruni...

ayat yg kamu tulis ni bg watashi sgt kejam utk adikku

Matrix01 berkata...

ami,
Kamu hanya perlu sedikit keberanian untuk menyakat si dia... dan sedikit kekuatan untuk berlari laju-laju...

hajarss,
Saya masih takut memandang kamu...

hana,
Saya rasa lebih kejam ayat si dia pada adik kamu.... tak percaya tanya dia...

hajarss berkata...

akakku.
ahahahhaa. no worries. x terasa lgsg.

ehehehe

Super Nia Hana berkata...

kamu mmg abag dan adik yg baik

*hana berkata sambil menampar nyamuk di atas meja