Selasa, 30 Disember 2008

63 - Kuntau

Jika hobi manusia lainnya adalah mengumpul setem atau perempuan joget, salah satu minat saya dari beberapa minat yang ramai adalah mengumpul senjata... Semenjak saya menyertai beladiri yang pelbagai terutamanya Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Malaysia atau dikenali sebagai Kuntau Malaysia, beberapa senjata telah saya kumpul.


Keris ini misalnya diperolehi oleh saya ketika berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang... hulunya sudah pecah sedikit. Mata keris tersebut diperbuat dari beberapa jenis besi... Sebenarnya sudah bertahun-tahun saya mengidam untuk memiliki keris sebegini dan akhirnya pada aidilfitri tahun lepas hajat itu tercapai...

Sebelum dari keris tersebut... saya ada menerima keris pusaka dari mak saudara belah emak saya... Aci potong jari saya berani mengatakan yang keris ini memang benar-benar antik... rumah di mana keris ini diambil pun saya pernah bertandang dan masih ada hingga sekarang walaupun tidak berpenghuni... letaknya tak sampai satu kilometer dari tebing sungai tempat JWW Birch Residen Inggeris mati dibunuh... Maaf gambar keris itu tak diambil pula...

Sayang sekali cuma matanya yang tertinggal... hulu dan sarungnya tak pula dijumpai hingga ke hari ini... Tuan punya asal keris ini adalah kepunyaan Pak Mertua Tiri Mak saudara saya (aduh panjangnya!) bernama Tok Jali... Tok Jali mengikut cerita orang tua-tua adalah seorang pengamal ilmu kebatinan ketika hayatnya... mati tak tahu di mana kuburnya... dan kisah hayatnya dipenuhi pelbagai kisah mistik dan metafizik...


Tekpi ini pula diperolehi pada tahun 2002... Digelar orang sebagai raja senjata... Tekpi mempunyai sejarah yang sungguh unik seunik cara permainannya... dikesan dalam sejarah melalui pelbagai tamadun... Mesir, Nusantara, India, Jepun dan beberapa yang lain... tekpi, sai, trisula dan beberapa nama lain adalah merujuk pada item yang sama...

Tongkat rantai atau nunchaku adalah senjata yang gemar saya gunakan... Saya juga gemar membeli tongkat rantai jika terjumpa yang menarik hati lebih-lebih lagi harganya murah... ada antara tongkat rantai yang saya hadiahkan kepada orang lain yang berminat...

Semasa baru mula berjinak-jinak dengan senjata ini, kepala, jari dan siku saya sering menjadi sasaran... namun hingga hari ini pelbagai cara baru telah saya pelajari melalui penggunaan tongkat rantai... permainannya tidak terhad kepada ahli beladiri malah kepada orang biasa yang berminat dengan tekniknya... cuma mungkin teknik ahli beladiri lebih kepada mengawal, mencedera dan membunuh berbanding akrobatik...


Kerambit ini pemberian dari bapa mertua saya ketika huru hara di kampung medan beberapa tahun sudah... cincinnya sudah pecah tapi matanya masih tajam... kerambit ini tak pernah keluar dari rumah kerna susah nak bersoal jawab dengan pihak sherif kalau ditanya... silap haribulan jadi penghuni di hotel besi nanti...


Tonfa ini adalah satu dari dua senjata yang diberikan oleh Guru Utama Kuntau Malaysia, Grandmaster Hassan kepada saya... tujuannya cuma untuk berlatih... sampai sekarang saya masih belum mahir menggunakannya... entah tak tahu kenapa... walaupun Grandmaster Hassan ada pengalaman mengajar beladiri kepada polis khususnya cota tapi saya tak rajin pula nak bertanya tentang senjata ini... tak serasi agaknya...


Antara yang sering menjadi perhatian pelawat ke rumah saya adalah sebuah pedang yang tergantung di satu sudut dinding... Atas sebab yang sama seperti kerambit tadi, pedang ini juga sangat jarang meninggalkan rumah kecuali atas sebab musabab tertentu...

Terdapat juga senjata lain di dalam simpanan yang tak sempat diletakkan di dalam blog ini antaranya lembing pusaka Abah saya dan tongkat rotan yang dihadiahkan oleh Grandmaster Hassan selain dari Tonfa...

Untuk makluman... Kuntau Malaysia telah membuka kembali kelas di Gelanggang Utama yang terletak di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur dan terbuka kepada lelaki dan wanita dewasa... Sekiranya berminat sila hubungi 016 - 602 6280 untuk pertanyaan lanjut... Untuk maklumat yang lebih sila layari www.silatkuntau.cjb.net bagi informasi mengenai perguruan ini...

62 - Alphitomorphous

Kenapa kamu tak bersyukur dengan apa yang kamu ada??? Biar saya beritahu kamu... selagi kamu selalu merasa lauk yang berada di pinggan kamu tak sesedap lauk di pinggan orang sebelah maka selagi itulah kamu takkan bersyukur...

Disebabkan sikap tak pernah puas dan tak pernah cukup itulah maka bergelimpang ramai orang yang masuk jel... tak pernah kenyang dengan apa yang dimakan... Kalau yang jadi pagar lagi satu hal... habis semua padi dimakan...

Huh! yang menjaga ni lagi satu hal... Bila dah jadi jaga tu maknanya kamu kenalah amanah... misalnya orang yang kerja jaga stor... Amanah yang diberikan adalah menjaga barang di dalam stor agar tak hilang... Sungguhpun kamu komited tahap maksimum nak jadi jaga tak perlulah kamu bawa balik barang di dalam stor tu hingga ke rumah macam harta atok nenek kamu yang punya...

Yang dah jadi Bapak sebok gelisah memikirkan kenapa anak mencuri pensel lagi sedangkan dah berkotak-kotak pensel di bawak dari tempat kerja... Bangangnya kamu! Dah tentulah perangai mencuri kamu tu di turun temurun pada anak cucu kamu... Dah kalau kamu yang sama usia dengan batu giling pun masih mengangkut hak orang mana anak tak mengikut... Cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari...

Bersyukur pula taklah bermakna kamu terus berhenti berusaha... tak lah pula saya suruh kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang... Cuma berhentilah dengki mendengki sesama sendiri... berpikir cara positif bukan ke baik??? Makan saja apa yang ada di pinggan kamu... jika kamu rasa tak cukup berusahalah untuk mendapat yang lebih baik...

Kalau kamu sendiri takut nak menyatakan yang hak jangan salahkan orang lain... salahkan muka sendiri... memang patut kamu terus duduk di bawah tempurung tu selama-lamanya... Kalau kamu rasa semua benda di dunia ni berat sebelah kepada kamu maka padanlah dengan muka kamu kerna lahir di dunia ini... Siapa yang kata dunia ni adil???

Rabu, 17 Disember 2008

61 - Bentar

i.

Syabas Muntazar al-Zaidi! Kamu hero realiti kami!

Tamat

ii.

Mengapa agaknya budak-budak melayu gemar meniru-niru budaya barat... yang bermuka jawa Tanjong Karang pun sama bergaya ala-ala pan asian... kalau yang hitam tak boleh diselamatkan pulak dah jadi macam Naomi Campbell...

Terkadang saya berasa sungguh kasihan dengan mereka yang desperado ini... bersungguh-sungguh mencuba menjadi bukan diri sendiri sedangkan puak yang ditiru sebenarnya tak memperdulikan pun diri para desperado itu... Berbangga tak memasal dengan tidak menjadi diri sendiri...

Oleh itu kamu yang ala-ala paris hilton wanabe, hentikanlah lakonan kamu... putihkan dulu kepala lutut kamu yang hitam itu sebelum kamu sarungkan skirt ke badan kamu... tak cantik pun...

Rabu, 10 Disember 2008

60 - Astigmatisme

Disebabkan saya pandai maka saya ingin memberitahu kamu bahwa kini pemberian nama yang pelik-pelik kepada anak boleh ditapis oleh Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu sekiranya tidak perlu...

Di rumah mak mentua saya misalnya seorang makcik mengikut ceritanya suatu masa dahulu ketika penamaan di pejabat pendaftaran, bapaknya sudah kehabisan akal memberikan nama... maka katanya 'Letak Nor jadi lah!'... Pegawai pendaftar yang prihatin itu pun menamakan dia sebagai Norjadilah binti Hasyim...

Nama yang hebat ketika menuntut di kampus dahulu biasanya dimiliki oleh mereka dari keturunan Negeri di Bawah Bayu... antaranya adalah Jenifer Shirley Anak Bos dan Nadia Anak Penjajah... errr.... sebelum terlupa dari Darul Ehsan ada yang bapaknya bernama Ismail bin Ribut...

Rafeah Buang dan Abu Bakar Simpan adalah nama paling berlawanan yang pernah saya temui....

Lebih menambahkan haru bila kamu berkenalan dengan lelaki bernama Amy Natasya bin Norhuda dan Fazly Mardiana.... Ketika bekerja dengan syarikat pembinaan pernah juga saya disuruh bertemujanji dengan insan bernama Nurul yang mempunyai misai melenting dan badan berketak-ketak...

Mempunyai ayah yang bernama Mausek bin Ismail boleh memalukan anda seumur hidup... bayangkan ketika di sekolah cikgu akan memanggil nama kamu dengan kuat...

HAJAR SARIPAH MAU SEK!!!!!

Tidakkah pening dibuatnya??? Opss... Nama di atas tidak ada kena mengena dengan Hajar Saripah yang kamu kenali... Yaaaa!!! Betul! saya tak tipu... hehehehe....