Selasa, 30 Disember 2008

63 - Kuntau

Jika hobi manusia lainnya adalah mengumpul setem atau perempuan joget, salah satu minat saya dari beberapa minat yang ramai adalah mengumpul senjata... Semenjak saya menyertai beladiri yang pelbagai terutamanya Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Malaysia atau dikenali sebagai Kuntau Malaysia, beberapa senjata telah saya kumpul.


Keris ini misalnya diperolehi oleh saya ketika berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang... hulunya sudah pecah sedikit. Mata keris tersebut diperbuat dari beberapa jenis besi... Sebenarnya sudah bertahun-tahun saya mengidam untuk memiliki keris sebegini dan akhirnya pada aidilfitri tahun lepas hajat itu tercapai...

Sebelum dari keris tersebut... saya ada menerima keris pusaka dari mak saudara belah emak saya... Aci potong jari saya berani mengatakan yang keris ini memang benar-benar antik... rumah di mana keris ini diambil pun saya pernah bertandang dan masih ada hingga sekarang walaupun tidak berpenghuni... letaknya tak sampai satu kilometer dari tebing sungai tempat JWW Birch Residen Inggeris mati dibunuh... Maaf gambar keris itu tak diambil pula...

Sayang sekali cuma matanya yang tertinggal... hulu dan sarungnya tak pula dijumpai hingga ke hari ini... Tuan punya asal keris ini adalah kepunyaan Pak Mertua Tiri Mak saudara saya (aduh panjangnya!) bernama Tok Jali... Tok Jali mengikut cerita orang tua-tua adalah seorang pengamal ilmu kebatinan ketika hayatnya... mati tak tahu di mana kuburnya... dan kisah hayatnya dipenuhi pelbagai kisah mistik dan metafizik...


Tekpi ini pula diperolehi pada tahun 2002... Digelar orang sebagai raja senjata... Tekpi mempunyai sejarah yang sungguh unik seunik cara permainannya... dikesan dalam sejarah melalui pelbagai tamadun... Mesir, Nusantara, India, Jepun dan beberapa yang lain... tekpi, sai, trisula dan beberapa nama lain adalah merujuk pada item yang sama...

Tongkat rantai atau nunchaku adalah senjata yang gemar saya gunakan... Saya juga gemar membeli tongkat rantai jika terjumpa yang menarik hati lebih-lebih lagi harganya murah... ada antara tongkat rantai yang saya hadiahkan kepada orang lain yang berminat...

Semasa baru mula berjinak-jinak dengan senjata ini, kepala, jari dan siku saya sering menjadi sasaran... namun hingga hari ini pelbagai cara baru telah saya pelajari melalui penggunaan tongkat rantai... permainannya tidak terhad kepada ahli beladiri malah kepada orang biasa yang berminat dengan tekniknya... cuma mungkin teknik ahli beladiri lebih kepada mengawal, mencedera dan membunuh berbanding akrobatik...


Kerambit ini pemberian dari bapa mertua saya ketika huru hara di kampung medan beberapa tahun sudah... cincinnya sudah pecah tapi matanya masih tajam... kerambit ini tak pernah keluar dari rumah kerna susah nak bersoal jawab dengan pihak sherif kalau ditanya... silap haribulan jadi penghuni di hotel besi nanti...


Tonfa ini adalah satu dari dua senjata yang diberikan oleh Guru Utama Kuntau Malaysia, Grandmaster Hassan kepada saya... tujuannya cuma untuk berlatih... sampai sekarang saya masih belum mahir menggunakannya... entah tak tahu kenapa... walaupun Grandmaster Hassan ada pengalaman mengajar beladiri kepada polis khususnya cota tapi saya tak rajin pula nak bertanya tentang senjata ini... tak serasi agaknya...


Antara yang sering menjadi perhatian pelawat ke rumah saya adalah sebuah pedang yang tergantung di satu sudut dinding... Atas sebab yang sama seperti kerambit tadi, pedang ini juga sangat jarang meninggalkan rumah kecuali atas sebab musabab tertentu...

Terdapat juga senjata lain di dalam simpanan yang tak sempat diletakkan di dalam blog ini antaranya lembing pusaka Abah saya dan tongkat rotan yang dihadiahkan oleh Grandmaster Hassan selain dari Tonfa...

Untuk makluman... Kuntau Malaysia telah membuka kembali kelas di Gelanggang Utama yang terletak di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur dan terbuka kepada lelaki dan wanita dewasa... Sekiranya berminat sila hubungi 016 - 602 6280 untuk pertanyaan lanjut... Untuk maklumat yang lebih sila layari www.silatkuntau.cjb.net bagi informasi mengenai perguruan ini...

4 ulasan:

Ami berkata...

Dekat muzium skang tengah ada pameran keris². Aku takde senjata mcm kau la MazuanbinLin. Yg ada pun cuma parang kontot yg diperolehi di kedai cina di Pedu, Kedah Darul Aman.

Matrix01 berkata...

Ami,

Kumpul Senjata ni hobi saja... yang penting senjata tu boleh guna dan tahu diguna...

Yang paling praktikal dipelajari sebenarnya senjata yang paling senang kita nak capai... hatta parang kontot sekalipun...

Super Nia Hana berkata...

wah..!!!
umah watashi pun ada satu
pedang pusaka ms zamannn...nenek moyang dulu
tp ayah tak kasi kaco
tatau nape
pantang larang org lama

Matrix01 berkata...

Dengar cerita ayah hajarss pon kaki keris juga... ahhh... bila la agaknya dapat ke pameran senjata lama di muzium negara...