Yang dikecam, SOROS SOROS SOROS,
Yang jadi menteri, BOROS BOROS BOROS,
Yang makan rasuah, BOLOS BOLOS BOLOS,
Yang jadi Perkasa, LOLOS LOLOS LOLOS,
Yang lelain BAIK BOSS! BAIK BOSS! BAIK BOSS!
BODOS, BODOS, BODOS!!!
Oh Malaysiaku yg dipimpin ROS ROS ROS.
Isnin, 24 September 2012
156 - Surat buat Lina
Lina,
Cukuplah warkah-warkah yang kau kirimkan pada aku setiap masa... setiap hari... sejak bertahun yang lalu. Aku sudah bahagia dengan apa yang tersedia. Usah kau ganggu lagi aku dengan pujuk rayumu wahai Lina kerna tiada lagi mahuku pada yang dihulur olehmu.
Jauh di sudut hati, aku tetap berterima kasih atas segala yang pernah kau curahkan di saat susahku dulu. Tapi, itu dulu.
Dengan ini, biar kubuang utusan-utusan yang pernah kau layangkan jauh dari pandangan biar jadi kenangan. Terima kasih sekali lagi, Lina....
Cukuplah warkah-warkah yang kau kirimkan pada aku setiap masa... setiap hari... sejak bertahun yang lalu. Aku sudah bahagia dengan apa yang tersedia. Usah kau ganggu lagi aku dengan pujuk rayumu wahai Lina kerna tiada lagi mahuku pada yang dihulur olehmu.
Jauh di sudut hati, aku tetap berterima kasih atas segala yang pernah kau curahkan di saat susahku dulu. Tapi, itu dulu.
Dengan ini, biar kubuang utusan-utusan yang pernah kau layangkan jauh dari pandangan biar jadi kenangan. Terima kasih sekali lagi, Lina....
Rabu, 12 September 2012
155 - Sajak buat Konsultan
Klienmu Su
Tidak peduli
tanda
tiada simpati
Ada Klien
Jadi Ketam
ajar anak
berjalan betul
Ada Klien
dakwa dakwi
semaksum nabi
ada masa
lupa mati
Ramai klien baik
Buruk? pun ramai
Huduh? lagi ramai
Buduh? boleh tahan
Nak jadi Klien?
Tiada halangan
Asal tak lupa
Insafi kematian
Wanbinlin
Kuala Lumpur, Sept 12, 2012
Isnin, 10 September 2012
154 - Cik Embun
Dulu masa zaman saya masih budak di Kampung Sentosa, jiran selang serumah dianggap keluarga dan anak-anak mereka adalah adik-beradik kita.
Ini Cik Embun, jiran depan rumah saya. Dulunya bila saya balik dari sekolah, saya boleh buka kasut di rumahnya dan terus ke dapur mencari air nescafe yang selalu ada di atas meja makan di dapur. Melepak sambil tengok tivi di rumahnya sambil minum neskafe bukan benda luarbiasa.
Entah kenapa agaknya rumah saya memang tak ada nescafe. Kami ada teh, milo, sirap, oren tapi tidak neskafe. Jadi sumber necafe saya cuma rumah Cik Embun saja waktu itu. Mungkin saja Cik Lan suaminya peminat nescafe tegar.
Cik Embun kini sudah 60 tahun umurnya. Saya pernah terserempak sekali saja dengannya di Bandar Tun Razak sejak kampung kami terbakar pada tahun 2001, itupun di tepi jalan di bawah flat BTR.
Seminggu lepas, melihat gambar Kak Jijah dan Cik Embun di FB, menarik saya untuk berjumpa balik dengan Cik Embun yang sangat baik kepada kami adik-beradik ketika budak dulu. Sudah nampak benar garis usia di wajahnya.
"Alah! nescafe rumah Cik Embun dah habis." kata Cik Embun bila saya melawat di rumahnya semalam. Saya senyum saja.
* Cik adalah singkatan untuk Makcik atau Pakcik.
Rabu, 5 September 2012
153 - Awek Gunting Rambut
Ana yang rekemen saya datang ke sini. Gunting rambut melayu katanya. Saya yang memang dah rimas kalau rambut panjang sikit pun meng’ok’kan saja. Lagipun kalau balik ke Puchong jauh benar, kedai gunting mamak Puchong pun dah tutup.
Kerusi gunting rambut ada tiga di kedai gunting itu tapi cuma dua orang tukang gunting yang bertugas, seorang budak lelaki dan seorang awek. Saya yang belum pernah melihat awek menggunting rambut lelaki jadi jakun sekejap melihat. Menunggu giliran, seorang lelaki rambut kerinting, dia duduk di atas sofa di belakang yang paling kiri. Saya kemudian menyertai dia duduk di sofa bersebelahan, menjadi penunggu tukang gunting. Isteri dan Mentua saya yang mengikut tadi kemudiannya keluar minum sementara menunggu saya siap.
Tak tahulah berapa lama lelaki rambut kerinting itu sudah menunggu. Yang saya tahu, dia menunggu lebih lama daripada saya. Sebagai penunggu giliran menggunting, kami sama-sama bermenung, melihat lantai yang penuh rambut, melihat dinding, melihat siling, melihat rambut yang sedang dipotong. Menikmati keindahan stalagtit dan stalagmit di satu ruang mencuci rambut di situ. Saya tertoleh ke kanan melihat dia. Dia tertoleh ke kiri melihat saya. Saya senyum dan angguk sedikit. Dia senyum balik. Lepas tu kami sama-sama toleh ke depan kembali menonton upacara menggunting.
“Siap!” Ahh... bunyi merdu yang dinanti setiap penunggu giliran. Kami mengalihkan perhatian ke kerusi gunting tengah yang tukang guntingnya budak lelaki. Pemuda yang sudah digunting rambutnya mengeluarkan dompet untuk membuat bayaran. Sesudah itu, pemuda itu membetul-betulkan rambut di depan cermin sebelum meninggalkan kami yang menunggu untuk dikerjakan.
Saya memberi isyarat tangan kepada lelaki rambut kerinting itu, supaya dia pergi dahulu, sebab dia lebih lama menunggu.
Dia mengangkat tangan memberi isyarat "tak apa" dan seterusnya memberi isyarat tangan supaya saya pergi dahulu.
Walaupun saya duduk lebih berdekatan dengan kerusi gunting tersebut, saya bukanlah jenis yang suka mengambil kesempatan. Lagipun, dia menunggu lebih lama.
“Pi la dulu Bang”
“Takpa! Takpa!” dia masih beralah. Masih ada lagi orang yang baik hati sebegini, mungkin dia rasa saya patut pergi dahulu kerna tadi dia juga melihat isteri dan mentua saya pergi menunggu saya di kedai mamak hadapan.
Budak lelaki tukang gunting bertukar-tukar merenung saya dan lelaki rambut kerinting silih berganti menunggu siapa seterusnya.
“Siap!!!” terdengar pula suara merdu yang lagi satu malahan kali ini lebih merdu kerna kali ini ia datangnya dari awek tukang gunting yang lagi satu.
Lelaki rambut kerinting bingkas bangun dan terus duduk di atas kerusi awek tukang gunting tu tadi tanpa bertunggu-tunggu lagi meninggalkan saya terpinga-pinga.
Oooooo... Patutlah....
Langgan:
Catatan (Atom)
