Rabu, 28 Mei 2008
Jumaat, 23 Mei 2008
28 - Mustajab
Pernah kamu lihat anjing yang kencing di tiang-tiang jalan??? ada masanya anjing yang kencing itu bukan setakat hanya melepaskan hajatnya... satu cara anjing menandakan kawasan jajahannya adalah dengan kencing dalam bentuk bersegi bagi menanda sempadan...
Anjing-anjing lain tidak dibenarkan menceroboh kawasan yang telah ditanda tersebut... mereka sendiri mungkin mengikut hukum alam sudah marhum bahwasanya sekian-sekian bau adalah milik sipolan bin sipolan maka mereka tidak akan mengganggunya...
Terdapat juga kategori anjing yang tak reti bahasa "main redah je" akan membolosi kawasan tersebut... kejadian tersebut kebiasaannya akan berakhir dengan perkelahian yang mana yang menang akan akan mendapat kawasan tersebut...
Kalau kamu tanya saya mana saya tahu hal-hal sebegitu... saya bukan pakar haiwan... saya membaca sahaja... jadi hal-hal ini sesetengahnya adalah agakan-agakan dari pemerhatian saya sahaja... diulangi! agak-agakan sahaja! Jangan kamu kata saya pengajar ajaran songsang pulak...
Perempuan juga begitu... tidak! bukan kencing di tiang! ke situ pula kamu! biasanya cara perempuan menandakan kawasan adalah melalui kasutnya...
Jika kamu biasa memasuki kenderaan lelaki yang sudah berkahwin pasti akan kamu ketemui kasut-kasut yang ditinggalkan oleh pasangan masing-masing... jika bukan di tempat duduk hadapan atau penumpang mungkin juga di bonet kereta...
Pada saya itu adalah satu cara halus bagi perempuan membuat satu pengumuman pada mereka yang menaiki kereta bahawa tuan punya kereta sudah berpunya dan bukan untuk dikongsi-kongsi...
Akan tetapi... sepertimana tadi juga... ada juga makhluk-makhluk yang dengan sengaja tak faham bahasa... Ada kawan lama saya tidak segan-silu mengatakan yang beliau tak ambil pusing jika suami orang yang bakal jadi suaminya... kini memang betul suami orang yang diambilnya...
Ada makhluk yang lain pula hingga bercerai-berai dengan isteri pertama demi nak merasa daging muda... yang isteri baru pula tak cukup menghancurkan rumah tangga orang nak disambar pula rumah banglo yang dipunya bekas isteri yang dahulu... ops! saya sudah melalut ke lain...
Tapi saya sedikit musykil... tidak terlihatkah kasut isteri Datuk K di pandangan mata Siti ketika bersama berdating di kereta sebelum bernikah dahulu...

Isnin, 12 Mei 2008
27 - Mahsul
Bukan satu perkara yang besar bagi saya jika apa yang tertulis di blog ini diambil orang dan dikeluarkan kembali ke dalam bentuk yang lain... Seseorang penulis yang agung akan terpaksa menerima hakikat bahawa penulisannya bakal menjadi idola atau trendsetter bagi segerombolan manusia yang lain...
Cuma mengambil sesuatu penulisan bagi tujuan keuntungan peribadi bukanlah sesuatu yang harus diamalkan...
Pernah suatu ketika dahulu seseorang blogger (maaf! saya sudah lupa siapa dan di mana blognya) meminta keizinan dari saya untuk menampal entri di blog saya ke dalam blognya... Oleh kerana cerita di entri tersebut saya salin tampal dari emel yang saya terima maka saya bersetuju sahaja...
Saya juga kadangkala ketika kekeringan idea akan mencurahkan kembali apa yang saya dengar dan baca ke dalam kanvas blog ini... tapi tujuannya lebih kepada berkongsi dan selainnya agar saya nampak lebih hebat dari kamu semua...
Jadi sekali lagi saya tekankan bahawa sesiapa yang mengambil entri dari blog saya ke dalam blog kamu dengan harapan kamu akan menjadi sepopular saya maka saya halalkan... tidak ada apa salahnya tujuan kamu itu pada hemat saya...
Cuma bilamana saya membuka kaca tivi pada hari sabtu lepas menonton Cerekarama berjudul Demi Masa arahan Azman Yahya alias Jinggo saya terpana sebentar... mengingatkan sesuatu yang pernah saya tampal di blog friendster saya sedikit masa dahulu...
Adakah cerita tersebut serupa dengan entri saya yang satu ini?
Be proud of your parents for what they are and how much they do for you.
Notakaki: entri di atas diselit perkataan Inggeris agar saya nampak lebih pandai...

Jumaat, 9 Mei 2008
26 - Egek
Tanah Melayu bakal diperintah oleh orang perempuan... seluruh kabinet hingga kepada Perdana Menterinya adalah orang perempuan... semuanya bakal berlaku selagi penindasan terhadap kewanitaan itu sendiri masih belum berakhir...
Kaum perempuan akan mula memberontak... mereka bersatu menubuhkan sebuah parti yang baru yang bakal memperjuangkan nasib kaum-kaum perempuan... atas persepakatan di atas nama semangat keperempuanan maka kaum perempuan bersatu padu dan akhirnya memenangi pilihanraya walau ketika itu SPR dipengerusi oleh kaum lelaki... walau ketika itu penggunaan dakwat di jari masih diharamkan dan warga yang dah meninggal dunia 20 tahun lalu masih boleh mengundi...
Dengan kuasa membentuk kerajaan... kerajaan perempuan tersebut telah mengharamkan sebarang parti yang berkonsepkan ideologi tetapi menggantikan dengan fahaman gender... bagi mereka akibat kepartisan berasaskan kepada ideologilah ramai ayah tak mengaku anak dan adik-beradik berpecah belah...
Semua kegiatan judi dan arak diharamkan... tidak mengira bangsa dan agama... hukuman yang keras akan dikenakan kepada mereka yang mengamalkan cara hidup sebegini... hasilnya rumahtangga akan menjadi lebih aman tenteram dan sentosa... si suami akan selalu lekat di rumah dan yang lebih penting kewarasan akan sentiasa lekat di kepala... tiada lagi istilah Gila Judi atau Gila Todi...
Iklan-iklan di kaca tivi atau di poster-poster majalah tidak lagi dibenarkan mengeksploitasi tubuh badan perempuan yang menggiurkan... semuanya kena menutup aurat dan gaya perlu sentiasa bersopan... Iklan tayar beserta model yang memakai bikini adalah dilarang sama sekali... seiringan dengan ini tiada lagi fesyen buah-buahan tempatan bergayutan yang dibenarkan di khalayak... yang melanggar peraturan tersebut boleh didakwa kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam...
Bersambung...

Rabu, 7 Mei 2008
25 - Mentong
Andai aku pergi
Nana...
Andai aku mati
Katakan pada rakan
Tidak pernah aku lupakan
Memori yang basah di tasik ingatan
Nana...
Andainya aku tiada lagi
Tolong titipkan kemaafan
buatku dari teman
Nana...
Andai aku pergi
Sampaikan pada Si Dia
Aku kan terus menyayangi
Maaf...
Kerana terlalu angkuh membina janji
Realitinya telah aku mungkiri
Andai aku menghadap Ilahi
Tadahkan doa suci
Melebur dosa di sanubari
Nana...
Akan kupahatkan di hati
Bahawa aku juga pernah ke sini...
Tmn. Sri Manja
6 Mei 2000
Seketika melayari internet... saya bertemu kembali dengan puisi yang pernah saya tulis dahulu di sekitar tahun 2000 ketika saya masih menuntut di UiTM...
Yang menariknya watak yang disebut di dalam puisi tersebut kini semuanya sudah berkahwin... Watak Nana yang disebut adalah sepupu kepada Kawan Karib Saya Yang Lagi Satu yang ketika itu turut bersama menuntut di UiTM Shah Alam tetapi dalam jurusan yang lain... Kini Nana yang satu itu sudah punya anak seorang dan menetap di Kedah bersama suaminya... jika tak silap saya dia terlebih dahulu bernikah dari saya...
Watak "Si Dia" pula kembali berhubungan dengan saya pada tahun 2001 seterusnya kami berkahwin pada tahun 2006... Seperti yang telah saya nyatakan di entri yang lepas semalam adalah ulangtahun kedua perkahwinan kami itu...
Puisi ini pada saya benar-benar nostalgik sekali...

Langgan:
Catatan (Atom)