Tanah Melayu bakal diperintah oleh orang perempuan... seluruh kabinet hingga kepada Perdana Menterinya adalah orang perempuan... semuanya bakal berlaku selagi penindasan terhadap kewanitaan itu sendiri masih belum berakhir...
Kaum perempuan akan mula memberontak... mereka bersatu menubuhkan sebuah parti yang baru yang bakal memperjuangkan nasib kaum-kaum perempuan... atas persepakatan di atas nama semangat keperempuanan maka kaum perempuan bersatu padu dan akhirnya memenangi pilihanraya walau ketika itu SPR dipengerusi oleh kaum lelaki... walau ketika itu penggunaan dakwat di jari masih diharamkan dan warga yang dah meninggal dunia 20 tahun lalu masih boleh mengundi...
Dengan kuasa membentuk kerajaan... kerajaan perempuan tersebut telah mengharamkan sebarang parti yang berkonsepkan ideologi tetapi menggantikan dengan fahaman gender... bagi mereka akibat kepartisan berasaskan kepada ideologilah ramai ayah tak mengaku anak dan adik-beradik berpecah belah...
Semua kegiatan judi dan arak diharamkan... tidak mengira bangsa dan agama... hukuman yang keras akan dikenakan kepada mereka yang mengamalkan cara hidup sebegini... hasilnya rumahtangga akan menjadi lebih aman tenteram dan sentosa... si suami akan selalu lekat di rumah dan yang lebih penting kewarasan akan sentiasa lekat di kepala... tiada lagi istilah Gila Judi atau Gila Todi...
Iklan-iklan di kaca tivi atau di poster-poster majalah tidak lagi dibenarkan mengeksploitasi tubuh badan perempuan yang menggiurkan... semuanya kena menutup aurat dan gaya perlu sentiasa bersopan... Iklan tayar beserta model yang memakai bikini adalah dilarang sama sekali... seiringan dengan ini tiada lagi fesyen buah-buahan tempatan bergayutan yang dibenarkan di khalayak... yang melanggar peraturan tersebut boleh didakwa kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam...
Bersambung...

2 ulasan:
sy nk tunggu sambungan jek..:)
kena tunggu lagi satu Jumaat agaknya baru En. Ilham mari...
Catat Ulasan