Rabu, 7 Mei 2008

25 - Mentong

Andai aku pergi

Nana...
Andai aku mati
Katakan pada rakan
Tidak pernah aku lupakan
Memori yang basah di tasik ingatan

Nana...
Andainya aku tiada lagi
Tolong titipkan kemaafan
buatku dari teman

Nana...
Andai aku pergi
Sampaikan pada Si Dia
Aku kan terus menyayangi

Maaf...
Kerana terlalu angkuh membina janji
Realitinya telah aku mungkiri

Andai aku menghadap Ilahi
Tadahkan doa suci
Melebur dosa di sanubari

Nana...
Akan kupahatkan di hati
Bahawa aku juga pernah ke sini...

Tmn. Sri Manja
6 Mei 2000


Seketika melayari internet... saya bertemu kembali dengan puisi yang pernah saya tulis dahulu di sekitar tahun 2000 ketika saya masih menuntut di UiTM...

Yang menariknya watak yang disebut di dalam puisi tersebut kini semuanya sudah berkahwin... Watak Nana yang disebut adalah sepupu kepada Kawan Karib Saya Yang Lagi Satu yang ketika itu turut bersama menuntut di UiTM Shah Alam tetapi dalam jurusan yang lain... Kini Nana yang satu itu sudah punya anak seorang dan menetap di Kedah bersama suaminya... jika tak silap saya dia terlebih dahulu bernikah dari saya...

Watak "Si Dia" pula kembali berhubungan dengan saya pada tahun 2001 seterusnya kami berkahwin pada tahun 2006... Seperti yang telah saya nyatakan di entri yang lepas semalam adalah ulangtahun kedua perkahwinan kami itu...

Puisi ini pada saya benar-benar nostalgik sekali...

4 ulasan:

hajarss berkata...

karat

Matrix01 berkata...

ni cerita zaman berhingus la...

Super Nia Hana berkata...

hamboiiii...
agak puitis..
watashi langsung out!
:)

Matrix01 berkata...

hana
kamu patut membaca Sajak Buat Perempuan Gemok Disebelah Meja...