Ke mana agaknya menghilangnya si ami... sudah lama saya tak nampak kelibatnya... ruangan blog yang ditinggalkan pula cuma tinggal begitu sahaja... cuma mampu mengira setakat 1 2 3... tak tahu lah pula saya kalau si ami mahu cepat-cepat jadi Orang kaya Baru... sibuk dengan bekerja...
Saya kira jika sekadar mahu jadi kaya kamu teruskan sahaja menulis di blogosfera ini... tak mustahil suatu hari nanti tulisan kamu akan dibeli orang... kalau lebih beruntung lagi jika menteri pendidikan sendiri yang mahu memilih tulisan kamu untuk dijadikan buku teks komsas... apa pula mustahil??!! Penulis buku cinta meleleh-leleh pun dah diambil orang inikan pula tulisan kamu yang nombor dua bermutu tinggi selepas tulisan saya...
Jika kamu kurang rajin maka ketahuilah bahawa saya lebih kurang rajin dari kamu... kurang rajin saya itu bukan bermaksud saya malas... cuma kebanyakan kerajinan saya itu perlu disalurkan kepada kerja yang agak ramai...
Saya sebenarnya berura-ura mahu membeli sebuah Spa bagi dijadikan perniagaan...walaupun tidak berpengalaman saya ingin mencuba... ini yang dikata orang berfikir di luar kotak... selalu makan gaji ingin juga cuba-cuba jadi kuli diri sendiri... seperti biasa jika perniagaan tersebut tidak berjaya saya akan menyalahkan kerajaan...
berbalik kepada hal menulis tadi... disebabkan lama tidak menulis bahan yang hendak ditulis oleh saya juga tumpul... barangkali kerna terlalu sibuk dihanyutkan oleh kerja maka kebolehan untuk menulis itu sedikit terjejas... amat penting rupanya untuk kita bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu... kelupaan saya terhadap minat saya yang satu ini rupanya menjadikan saya bebal dan kering idea bila mahu bermula kembali... tulisan yang ada seperti buluh yang nampak keras diluar tapi kosong di dalam...
Kepada rakan-rakan penulis blog yang lain... janganlah berputus asa menulis... tulislah apa-saja dari kamu mahu terjun ke gaung hingga kepada menikmati secawan kopi di pagi hari.... asalkan tulisan tersebut bermakna... sebermakna hidup kita di dunia ini...
tamat
Genap dua tahun nan lalu di tarikh seperti di hari ini Saudara Mazuan Lin dan Saudari Lily Suryati selamat diijabkabulkan... Doakan segala bahagia buat mereka berdua... Amin!

4 ulasan:
la, iye ke? slamat ulang tahun la. smoga bahgia slalu hendaknya ye. bila nak ditambah adam fansuri junior nya?
muahahaha
Saya berharap jika dibenarkan oleh Tuhan menambah Kasih Mustika pula...
selamat ulangtahun matrix!
tolong doakan watashi cepat bertemu jodoh dgn lelaki2 baik..ahahahahahahha
Usaha Doa Tawakal
Kamu boleh mulakan usaha dengan "mentarikh" lelaki seperti saya...
Kemudian baru saya akan berdoa kamu cepat-cepat bertemu jodoh...
Kamus
mentarikh = dating
Catat Ulasan