Jumaat, 23 Mei 2008

28 - Mustajab

Pernah kamu lihat anjing yang kencing di tiang-tiang jalan??? ada masanya anjing yang kencing itu bukan setakat hanya melepaskan hajatnya... satu cara anjing menandakan kawasan jajahannya adalah dengan kencing dalam bentuk bersegi bagi menanda sempadan...

Anjing-anjing lain tidak dibenarkan menceroboh kawasan yang telah ditanda tersebut... mereka sendiri mungkin mengikut hukum alam sudah marhum bahwasanya sekian-sekian bau adalah milik sipolan bin sipolan maka mereka tidak akan mengganggunya...

Terdapat juga kategori anjing yang tak reti bahasa "main redah je" akan membolosi kawasan tersebut... kejadian tersebut kebiasaannya akan berakhir dengan perkelahian yang mana yang menang akan akan mendapat kawasan tersebut...

Kalau kamu tanya saya mana saya tahu hal-hal sebegitu... saya bukan pakar haiwan... saya membaca sahaja... jadi hal-hal ini sesetengahnya adalah agakan-agakan dari pemerhatian saya sahaja... diulangi! agak-agakan sahaja! Jangan kamu kata saya pengajar ajaran songsang pulak...

Perempuan juga begitu... tidak! bukan kencing di tiang! ke situ pula kamu! biasanya cara perempuan menandakan kawasan adalah melalui kasutnya...

Jika kamu biasa memasuki kenderaan lelaki yang sudah berkahwin pasti akan kamu ketemui kasut-kasut yang ditinggalkan oleh pasangan masing-masing... jika bukan di tempat duduk hadapan atau penumpang mungkin juga di bonet kereta...

Pada saya itu adalah satu cara halus bagi perempuan membuat satu pengumuman pada mereka yang menaiki kereta bahawa tuan punya kereta sudah berpunya dan bukan untuk dikongsi-kongsi...

Akan tetapi... sepertimana tadi juga... ada juga makhluk-makhluk yang dengan sengaja tak faham bahasa... Ada kawan lama saya tidak segan-silu mengatakan yang beliau tak ambil pusing jika suami orang yang bakal jadi suaminya... kini memang betul suami orang yang diambilnya...

Ada makhluk yang lain pula hingga bercerai-berai dengan isteri pertama demi nak merasa daging muda... yang isteri baru pula tak cukup menghancurkan rumah tangga orang nak disambar pula rumah banglo yang dipunya bekas isteri yang dahulu... ops! saya sudah melalut ke lain...

Tapi saya sedikit musykil... tidak terlihatkah kasut isteri Datuk K di pandangan mata Siti ketika bersama berdating di kereta sebelum bernikah dahulu...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siti sebenarnya seorang pengidap rabun kasut.

Tanpa Nama berkata...

itu la yg menjadi permasalahan aku tu... dlm keta ada sebekas kasut wife+anak aku... pastu plak siap ada car seat anak aku dlm keta tu? camner nak ngorat awek??

Matrix01 berkata...

ami
Siti perlu pakai cermin mata... tak nampak agaknya uban di kepala...

faizal
car seat adalah satu penanda kamu sudah tidak teruna... hahaha...

wawa berkata...

faizalpuzi~jgn jadikn car seat kamu itu satu beban..hehehe
dah tmbah 2 car seat ke???