Selasa, 11 November 2008

55 - Aedema

Surat dari Pengundi Manja buat YB

Assalamualaikum,

Saya adalah salah seorang pengundi Nurul Izzah di Lembah Pantai pada hari keramat 8 Mac 2008 yang lalu.

Saya mewakili pengundi-pengundi PKR di Jalan Puchong yang sudah mula tertanya-tanya di mana batang hidung YB mereka yang tak kunjung datang selepas pilihanraya berlalu.

Saya pasti yang YB amat sibuk dengan tugas, saya amat pasti. Tapi mungkin ada baiknya digali masa yang terluang agar ke sini. Sudah ramai yang merungut dan bila saya katakan ramai itu maknanya jari YB sendiri sudah tak cukup mengira ramainya yang merungut ketidakhadiran YB ke Jalan Puchong ini.

Mungkin ada majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak YB tapi tidak kesampaian kepada kami yang di pedalaman ini. Jika pun sampai, tak terdaya pula kaki kami hendak ke sana. Bukanlah manja pula yang diminta kami, cukup jika datang bertanya khabar.

Ada juga baiknya jika YB boleh menyinggah di kediaman berhadapan Masjid Abd Rahman bin Auf, penduduk di situ sudah tidak tahu ke mana mahu mengadu. Tempat berteduh selama ini bakal dijual dek tuan rumah ke tuan yang lain. Maka tempat menahan panas dan hujan selama ini bakal dirobohkan dan dibina pembinaan yang baru. Itu tak menjadi soal kerana sudah haknya tuan tanah begitu. Tapi ada baiknya jika YB bergegas ke sana dan bertanya khabar mereka kerana takut ada yang selepas ini terpaksa tidur di tepi jalan kerana tak dapat mencari rumah yang sesuai dengan pendapatan mereka.

Untuk makluman YB, ramai antara mereka ini adalah orang yang berpanas berhujan bermalam ketika berkempen untuk YB dahulu.

Akhir kata, semoga YB dapat meluangkan masa bertandang ke kawasan kami.

Terima kasih.

WANBINLIN

5 ulasan:

Ami berkata...

Nurul Izzah hilang...

Super Nia Hana berkata...

panasssss

Tanpa Nama berkata...

dia sebuk teman bapak dia gi mahkamah...tak pun sebuk semak tarikh utk dipilih utk mengambil alih kerajaan...

p/s: kena i.s.a. tak stament aku gini nih?

Marziana Lin berkata...

wan, ko terlalu bz ngn YB tp tak ingat besday adik mu ini 17 nov 08.
xde sape pun yg ingat kecuali abg.. sedihnye.. xpela,tp kamu didenda utk menyediakan hadiah utk adikmu ini kerana sudah 25 thn aku yg lepas ko xpenah bg adiah pun..tlg bgtau lily gak supaya adiahnye akn jadi lebih besar..hehehe

Matrix01 berkata...

ami,
hilang entah ke mana...

hana,
ni geng melodi ke?

faizalpuzi,
dah saya majukan pertanyaan tu ke KPN...

mishasinclair,
Ya... setiap tahun kami memang cuba melupakan hari yang hitam tersebut... hahahaha....