Menyesal benar saya mengenali Makcik Melah Yang Lagi Satu...
Ceritanya begini... Saya pada mulanya berjaya mengelak dari membuat BQ... Bukan saya malas nak membuat... masakan insan rajin seperti saya ini malas... tapi ketika itu banyak sekali kerja berkaitan projek-projek di dalam tangan yang memerlukan belaian saya... jika ditinggalkan nescaya selepas itu klien pula akan membelai saya dengan penuh nista...
Akan tetapi saya terus digoda oleh Akak Jepon yang merayu-rayu agar saya menolong menyiapkan BQ beliau... Saya yang sememangnya berhati mulia akhirnya bersetuju mengambil BQ tersebut tapi saya berterus terang bahwa saya tidak akan mengira BQ itu... saya sebaliknya akan mengupah manusia lain untuk membuat BQ tersebut... Masalahnya disebabkan waktu yang singkat saya mengatakan yang jika ada apa-apa masalah maka keluarkan sahaja kemudian sebagai addendum...
Maka tiba waktunya BQ itu pon siaplah... dihantar untuk diproses dan ditender... nak dijadikan cerita... sebelum menyediakan tender tersebut Akak Jepon telah menender untuk meletakkan jawatan... yang menjadi hapraknya ketika tender berlangsung Akak Jepon telah tiba waktu tamat tempoh perkhidmatannya...
Lalu bermulalah kisah hitam dalam hidup saya diganggu oleh Makcik Melah Yang Lagi Satu... Diaturkannya satu mesyuarat bagi membincangkan kepincangan BQ yang kononnya saya buat tersebut... diwarwarkan pada umum tentang betapa bodohnya saya membuat BQ...Cerita tentang betapa bodohnya dia membuat BQ dan dokumen kontrak tidak pernah pula diungkit...
Disebabkan Makcik Melah Yang Lagi Satu Tidak Pernah Turun Padang ketika masalah membuat BQ berlangsung maka dia tidak menyedari bahwa jangkawaktu menyediakan BQ tersebut begitu singkat... yang berlegar dalam kepala beliau cuma nama beliau yang bakal dijulang kerana berjaya menghasilkan BQ pertama yang menggunakan SMM2...
Demi menunjukkan dia seorang yang sangat pandai maka ditunjukkan manusia lain ini nampak bodoh... Buat kali pertama dalam hidup saya berjumpa dengan manusia yang sangat bangang 'PR'nya...
Saya sebenarnya kurang rajin hendak berfikir mengenai Makcik Melah Yang Lagi Satu itu... buat sakit kepala saya sahaja... Cuma janganlah hendaknya saya terlibat dengan beliau lagi... Seksa benarnya rasanya saya hendak menyelamatkan dia dari diri saya yang satu lagi... Amin!
notakaki: BQ dan SMM2 bukan sejenis makanan... dan payah sekali hendak memelayukan perkataan PR...

3 ulasan:
itulah. ntah siapa yg x reti. nak jugak diungkit nye. mujur x sebut nama je mcm waktu dulu. hiaishhhh
ohhh... rindu nya aku padamu BQ!! lain kali bwk la dtg kat aku sket, bleh aku buatkan utk ko.. tapi OT aku double la.. bleyy??
hajarss,
Sekiranya kamu secara tiba-tiba dilempang ketika berada di dalam ruang mesyuarat maka ketahui bahawa yang menampar kamu itu adalah matrix01 yang telah kamu sebutkan namanya itu...
faizalpuzi,
Tak boleh... kamu buta SMM2...
Catat Ulasan