Rabu, 19 Mac 2008

14 - Margasatwa

Memiliki nama Osman sebagai seorang QS bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan... silap-silap haribulan kamu boleh dipenjarakan kerana melakukan gangguan seksual...

Kerjaya QS di Malaysia ini tidak begitu dikenali... Belum pernah lagi rasanya saya ketemu dengan pelajar sekolah yang bercita-cita menjadi seorang QS... arkitek pernah... jurutera kadangkala... doktor selalu (ramai yang berjaya sebagai doktor peribadi di sini)... QS belum pernah...

Bos besar di tempat saya misalnya mengabadikan nama beliau di papantanda niaga pejabat beliau... Dengar ceritanya dahulu beliau cuba untuk tidak meletakkan nama beliau sebaliknya menggunakan nama Perunding Berakan... Setelah beberapa kali nama tersebut disebut secara Perunding Berak Kan maka kemudiannya ditukar kepada Nik Farid dan Loh Sdn... kini nama tersebut telah diringkaskan kepada Perunding NFL sahaja... Namun hingga kini jika NFL disebut maka nama Nik Farid akan terpacul dari mulut pendengarnya... hebatnya nama itu...

Saya ingin mengingatkan di sini bahawa QS itu nama eropahnya... nama melayu bagi QS adalah Juru Ukur Bahan... aduh! panjang sekali bukan??? jika disebut laju boleh jadi 'Juru Gubahan'...

Maka ada jua beberapa firma ternama yang menggunakan nama Juru Ukur Bahan sebagai tandaniaga mereka seperti KAS Juru Ukur Bahan, Juru Ukur Bahan Malaysia, Juru Ukur Bahan Antara dan lain-lain...

Tamat sudah kuliah mengenai Firma Juru Ukur Bahan... Berbalik kepada nama Osman tadi... jika Osman berjaya menjadi seorang Juruukur Profesional sekalipun terdapat satu nama firma yang menjadi taboo kepada beliau... ini adalah kerana kebanyakan firma dikenali dengan nama singkatannya...

Perunding Nik Farid & Loh - PNFL

Juru Ukur Bahan Malaysia - JUBM

Juru Ukur Bahan Antara - JUBA

Cuba kamu bayangkan nama Juru Ukur Bahan Osman....

11 ulasan:

Ami berkata...

Osman masih berpeluang jika ejaannya Usman.
Namun malang...

Matrix01 berkata...

Rasanya masih sukar hidupnya meskipun namanya Usman...

Pengerusi mesyuarat akan mengumumkan Perunding JUBU akan membuat anggaran...

hajarss berkata...

agagga. hampeh gila. bkn ogawa ke aritu? tetiba osman lak.

kahkahkah

wawa berkata...

hahahaha....
hampagas tul la
x sangka anda mengabadikan nama Osman dlm anda nye blog...

Tanpa Nama berkata...

lebih betul bahasa melayunya kalau .... Juru Ukur Bahan Osman & Rakan2...

Matrix01 berkata...

hajarss
Nak menampakkan kemelayuan sikit... tak mahulah begitu taksub pada negara matahari terbit kalahkan tali barut Jepun pula... opss... harap jangan ada yang terasa...

wawa
Osman tak mengapa... Jangan Rosman...

tanpa nama
kreatif... kreatif...

tapi saya lebih gemar nama Usman dan Rakan-rakan...

hajarss berkata...

rosman. kahkahkah.

report kang

Super Nia Hana berkata...

eheheehhe...tak baik taw!!

dlm hati
*gelak guling2

Matrix01 berkata...

hajarss
JUBAH - Juru Ukur Bahan Abdul Halim

kalau yang di atas baru boleh report...

Hana
Gurau saja... maaf jika terpalit sama...

Super Nia Hana berkata...

matrix?
kamu ketandusan idea utk update?

jgn risau!
watashi ada!!
fyi kamu kena tag oleh watashi
sila buat!

Matrix01 berkata...

sedikit kemandulan minda ditambah dengan kesibukan melampau... tapi akan saya usahakan kerja sekolah kamu itu...