Dalam hidup ini begitu banyak yang kita hendak capai, namun bukan semuanya dapat sepertimana yang kita kehendak. Tuhan ada rencananya yang tersendiri buat kita. Kita hamba, apa lagi yang boleh kita perbuat selain daripada menuruti kehendak takdir.
Ustaz Yutiub yang terkenal itu pernah berkata bukan semua yang kita hajatkan Dia akan bagi. Kalau Tuhan bagi semua, punah dunia ni. Mungkin lawak tapi saya percaya apa yang dikatakan Ustaz Yutiub itu benar.
Jalan kehidupan ini memang penuh ranjau, terpulang kepada kita bagaimana kita mahu mengharunginya. Jika terjatuh apa lagi yang kita boleh buat? Bangun! dan jalan terus, itulah jawabnya. Jika jatuh lagi? Bangun dan bangun lagi! Jalan dan terus jalan.
Adakah kebahagiaan bakal ada di depan? Tak ada siapa yang tahu. Tak mungkin siapa yang tahu. Kerna itu kerja Tuhan.
Mengapa saya sangat melankoli bunyinya kali ini? Mengapa entri kali ini terlalu banyak tanda soal? Jawabnya, memang dalam kepala saya saat ini banyak benar soalan-soalannya. Saya banyak bertanya pada Tuhan sesudah sembahyang kebelakangan ini, seperti biasa jawapan dariNya tidak terus datang waktu itu juga. Maka teruslah kita menanti jawap dari Tuhan.
----------------------------------------
Gema Jumaat tadi ditaja oleh Susu Cap Junjung sebagai Penaja Utama. Suara Kak Mah bagi latar persembahan tadi dibawakan oleh Afdlin Shauki yang dimekapkan oleh Adik Julie. Majlis kini menjemput Ustaz Akil Hayy untuk menyanyikan sebuah lagu kerna dia baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan