Saya sesungguhnya memang tidak terliur untuk mengundi bagi pilihanraya kampus ketika di UiTM dahulu... Tanggungjawab terhadap kampus kata calon mengundi... kepala hotak kamu kata saya...
Tidak kira samada calon yang bertanding itu dari Pro-aspirasi atau Pro-mahasiswa (maaf... lupa pula apa istilah pembangkang di kampus) pada saya sama sahaja... Selain dari mengganggu waktu belajar pelajar yang rajin seperti saya ketika kuliah sedang berjalan bagi membolehkan mereka berkempen, raut wajah mereka juga nampak sungguh tebal dengan kepura-puraan...
Manifesto tak usah dicerita... kalah rupa orang nak jadi Menteri Perdana... Semua hal kebajikan dan perjuangan akan dicurahkan... dan saya amat pasti bahawa kebanyakkan mereka menuntut gestur tangan dari banggali yang menyampai berita di TV tiga suku itu...
Saya juga kasihan dengan pelajar yang duduk di hadapan sekali kerna selain dari terpaksa mendengar celoteh panjang pembohong-pembohong amatur itu... mereka terpaksa menahan tempias dari hadapan walaupun hari tidak hujan... nescaya jika dibiarkan calon itu bercakap 5 jam lagi sahih basahlah muka mereka dengan tempias yang menyembur-nyembur itu...
Sejak dulu lagi saya meyakini bahawa perjuangan mereka bukanlah tulus dan ikhlas... semuanya semata-mata mahu mendapatkan katil yang dekat dan baik di dalam kolej... kalau di UiTM ketika itu, perjuangan itu termasuk bagi mendapatkan makanan percuma di dewan makan... Janganlah kamu nak menipu saya bahawa kamu akan berjuang berhabis-habisan mempertahankan dan meningkatkan mutu hidup penghuni universiti... membohong benar...
Sejak saya menjejakkan kaki ke kampus sampailah saya keluar... tak ada pun sekelumit perubahan yang dibawa dek mamat dan minah kaki kelentong tersebut... Bas masih lambat... kalau ada pun serupa sadin... ayam di dewan makan masih lebih keras dari lantai... sayurnya tak tahu dikutip dari belukar mana... bercerita mengenai dewan makan... kalau kamu menggunakan pena dakwat yang boleh diisi, kamu tak perlu bersusah-susah menghabiskan wang membeli sebotol dakwat... datang sahaja ke dewan makan kami di hari mereka menghidangkan sotong... Dakwat hitam sotong yang ada cukup untuk kamu menulis tesis setahun...
Jadi bila saya mendengar ada beruk yang meletak kepala babi di dalam rumah tuhan berkait dengan pilihanraya kampus maka hati saya amat panas... jika kamu mahu membabikan sang politikus kaki kelentong itu hak kamu... tapi jika rumah tuhan saya dibabikan maka kamu memang berada dalam kebabian yang nyata...
notakaki: sukar bagi saya yang inggeris ini memelayukan perkataan gesture...

4 ulasan:
kepala babi dlm rumah tuhan tu TERSANGATLAH BIADAP
Yg ini, memang tidak perlu untuk menahan marah wahai Mazuan.
Hana,
Saya terperasan sesuatu... kita sudah tidak berat menyebut B*b*... kalau zaman arwah mak saya masih ada mesti kita dah kena pelempang...
Dapat pula perkataan B*b* itu terbit dari bibir Cik Hana... Merdu saja bunyinya macam panggil sayang... hahahaha....
Ami,
Mari marah sama-sama...
saya undi pengempen yang datang nyanyi kat kelas... sebab dalam manifesto dia, dia tak merepek meraban nak tambah mesin ATM dalam bangunan fakulti. :)
Catat Ulasan