Jumaat, 9 Julai 2010

116 - Cerita Bola Mak Saya

Dulu masa tu karipap masih 20sen sebiji di kedai Arwah Cik Lai dan ayam goreng pasar malam Kampung Pasir berharga RM1 sahaja.

Kami sekeluarga yang masa tu bujang-bujang belaka selalu menonton tv. Seperkara yang perlu diingat pada waktu itu TV di rumah kami ada dua alat kawalan jauh. Kawalan jauh yang saya maksudkan adalah saya dan adik perempuan saya Si Ana, biasalah yang paling bongsu itulah yang paling banyak disuruh itu dan ini.

Zaman itu kalau kamu ada TV kawalan jauh seperti di hari ini nescaya menyembah-menyembahlah orang kampong kepada kamu dengan mengatakan betapa hebat dan kayanya kamu, akan tetapi di zaman itu belum tiba lagi TV sebegitu di kedai-kedai Singer terutamanya,

Kuasa veto akan rancangan mana yang harus kami tonton pula terletak di tangan (baca:mulut) Emak saya. Kalau dia tak mahu menonton tv maka berpestalah kami dengan cerita orang putih, kalau TV1 dikatanya maka berdrama swastalah kami pada hari itu. Dan biasanya kami berdua yang kuat membodeklah yang akan menukar siaran bila Arahan Perbendaharaan dikeluarkan.

Maka panjanglah muncung Yang, Abang, Chik, Kakchik dan Nan bila siaran TV kami tukar. Namun ada kalanya saya juga tak dapat menonton rancangan orang putih yang saya suka, namun disebabkan kami adalah anak yang baik maka terdirilah kami dari kalangan mereka yang redho.

Pernah sekali Mak menonton bola bersama dengan kami. Lupa pula saya perlawanan yang mana yang pastinya perlawanan liga Tanah Melayu. Yalah! Orang di tempat lain takkan tergamak nak bermain bola rupa sebegitu.

Mak : Ngape tak dibagi deme bola ke yang baju hitam tu. Kesian dia berlari ke sana ke mari.

Abang saya : Tu pengadil mak.

Dan Chik adalah yang mula-mula ketawa terkekek-kekek pada waktu itu.

3 ulasan:

sulfuric^acid berkata...

tringat 1pristiwa di kala Argentina vs Korea d warung plita sekitar wc2010 ;-

Mr A : Tgk2, jurulatih argentina tu,da gelabah...

Miss Y : Eh2, jurulatih dier cam 'Maradona'..............(suasana kembali hening)

Tempat : Warung Pelita
Meja : Tgh2 d kelilingi 1Malaysia + 2Malaysia sket2(foreigner)
Suasana : Hening bak senjakala melanda (selepas pertuturan Miss Y)
Pemahaman : Anda Paham???

Super Nia Hana berkata...

ahahaha..kang pas kt baju itam dia pulak naik syeikh

Matrix01 berkata...

S^A,
Tak Paham... Hahahahaha....

Hana,
Si Baju Hitam tu serupa Pakar Kaji Bintang... Pemain Bola adalah angkasawannya....