Selasa, 26 Februari 2008

7 - Menyampah

Satu

Satu petanda besar bahawa saya akan berpindah rumah adalah lambakan majalah hiasan dalaman di rumah saya... kawan baik saya yang lagi satu akan beberapa kali mencadang beberapa konsep untuk rumah baharu kami... dari bali ke minimalis dan dari klasik inggeris ke moden... bermacam warna cat akan keluar dari majalah-majalah itu... nescaya jika kesemua warna tersebut dicat pada rumah baharu kami maka mudah lah taska berdekatan mengajar matapelajaran warna kepada anak didik mereka...

Suatu masa dahulu saya adalah penggemar kepada konsep bali... kerusi dan meja mahu ala kayu jati... biar keras punggung duduk di atas tapi gaya mesti mahu ada... di dinding punya hiasan kain corak sarawak disangkut dengan sebatang kayu laras yang selalu boleh diketemu di central market... sepasang tekpi yang saya miliki akan digantung ke dinding disisipkan ke dalam topeng dayak seperti yang selalu saya jumpai di kedai beladiri di Jalan Brunei Barat...

"Berapa Yang kata dia keluar duit untuk renovate rumah baru dia'" saya bertanya kawan baik saya yang lagi satu...

"Tak tahu lah pulak semua berapa, tapi cat saja sudah habis RM1,000.00," balasnya.

Saya buka maybank2u...

"Pakai balik aje lah perabot kita ni semua... kensel renovate rumah..."


Dua

Menghukum? itu bukan kerja saya... itu kerja tuhan...


Tiga

Akhirnya doktor-doktor di klinik di Dayabumi berputus asa terhadap penyakit saya... akhirnya... baguslah... doktor cantik itu pun sudah berpindah ke Ampang...

5 ulasan:

hajarss berkata...

satu.

rasanya dkat pejabat ada banyak kerusi meja yg org tak nak pakai. ambil saje la. x perlu mala2


dua.

isu itu. sampai bila mahu habis?


tiga.

dr cantik mencari pesakit kacak. kesimpulannya kamu tidak kacak. titik

Ami berkata...

Cerita pendek yang mudah di baca. Cerita tiga paling seronok.
hajarss, kadang-kadang perempuan cantik lari dari lelaki adalah kerana tak dapat menahan nafsu bila berhadapan dengan lelaki kacak.
Contoh?
Aku dan matrix.
Kami adalah contoh yang masih hidup.

Super Nia Hana berkata...

er...contoh ami dan matrix..???
waatshi cuma mencari ketelusan dari kata2 tuh
eheheeheh

psl isu itu,
betul kita bkn tuhan utk menghukum
tp tanggungjawab kita utk menegur utk membetulkan.(tp tak perlu la lebih2 kan..sbb kita pun tak sempurna)

at least,dia tahu kita tahu,bila dia tahu kita tahu, dia risau dan berwaspada...biar dia takut dengan hukuman dunia yg akan dipikul utk sementara.

matrix,watashi nk add kamu punya link la..bisa atau ngak bisa dong?

Matrix01 berkata...

hajarss
satu
Ya, kecuali kerusi kamu... sudah dhaif benar rupanya...

dua
Perjuangan yang belum selesai

tiga
sila baca ulasan ami...

ami
Benar, kita adalah lagenda kekacakan sejati yang terus hidup...

hana
pastinya tulus dan mulus

ya, saya juga amat risau dgn ketidaksempurnaan ini... kecuali bab kacak itu...

Ya! Bisa aja! Kamu punya gimana? Saya ngak bisa masuki blog kamu...

Tambahan
1. Saya bukan orang indon...
2. Lelaki gigi bercili itu bukan teman lelaki hajarss...(cerita lain)
3. Saya juga bukan...

Super Nia Hana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.