Sabtu, 23 Februari 2008

6 - Justaposisi

Haram Jadah!!! perlakuan itu tidak boleh dimaafkan langsung... Gila! Pengaruh TV gamaknya!! tapi serasa saya Novel Shaari Isa Lepaskan Aku Ke Laut tidak ada kena mengena dengan kecurangan... jika ada pun cuma kecurangan terhadap kemanusiaan...

"Aku kasihan dengan suaminya", getus Lelaki Miang Yang Lagi Satu.

Sambungnya,"Aku masih boleh ingat yang suaminya datang menjemput hampir setiap hari"

Budi yang dipersiakan... fikiran saya berdetik... hmmm... melayu jika sebut perkataan curang pastinya terus terlekat di kepala lelaki kasanova yang telah beranak bini masih menjinjing daging haram... ahhh... sungguh sukar... perempuan pula yang berlaku demikian kali ini... aduh...

"Saya tak boleh terima... dia ibu orang... isteri orang... bertudung pula tu..." Ibu Mantap masih tidak percaya...

Ibu Mantap... jika penipu berwajah penipu maka amanlah dunia ini tanpa sesiapa pun ditipu... wajah manusia cuma topeng bagi watak yang dilakonkan di dunia ini... nafsu tidak selalu bercermin di muka... lagi pula sekarang cinta(?) jadi ukuran... jika tidak cinta pada empunya badan... cinta pada harta mungkin??

Hawa tidak dapat menahan pujukan syaitan... Adam tidak dapat menahan pujukan Hawa... Katanya dia manusia yang sering dilanda kesepian... mungkinkah mampu melawan semua itu??

Perempuan gemuk di sebelah meja... "Saya berdosa... awak berdosa... dia lebih lagi..."

Manakah dilempar wajah seorang suami ketika syaitan menari-nari???

Yang pasti... apabila maruah digugat... nyawa terlalu kecil harganya... dan kepala saya terus bernyanyi kecil sambil membayangkan suaminya mendendangkan Sembilu...

8 ulasan:

hajarss berkata...

kita berdosa sbb mengata dia. tapi dia lbh berdosa kerana menduakan suami. sudah tiada syurga utknya.. hhuhu

hajarss berkata...

oo ye, itu pendpt.. aku bkn org yg menjatuhkan hukuman tapi Dia.

Matrix01 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Matrix01 berkata...

Betulkah cuma itu dosanya?

Ami berkata...

Berat nih, takpe..biar aku tengok cermin dulu sebelum aku tengok rumah orang.

Super Nia Hana berkata...

ahaha..sekarang baru watashi faham dengan maksud perempuan gemuk di sebelah
ahahahha

tak baik tau matrix cakap camtu kt adik saya

-hana yg tembam

Matrix01 berkata...

ami
perlu juga menjenguk ke rumah orang sekali-sekala... buat pedoman diri...

hana
benarkah faham? saya takut orang ingat faham tentang tulisan saya tapi sebenarnya salah faham. Mungkin lebih baik jika tidak faham agar perlu melawat ke sini beberapa kali agar sedikit faham...

hajarss berkata...

kakakku!! dia mmg jahat.. huhu