Perempuan Gemok di Sebelah Meja bertanya kepada saya samada saya meminati Rajnikanth Hero Filem Tamil itu?
Jawapan saya adalah Ya! malah juga filem-filem dari pelakon Tamil selainnya.
Sebenarnya saya agak pelik kenapa rakyat Tanah Melayu selain dari masyarakat India tidak berminat menonton filem tamil tetapi bersungguh-sungguh menonton filem hindustan... filem tamil banyak menyentuh soal-soal politik dan pemimpin... juga memaparkan keadaan sebenar negara tersebut kepada audien umum...
Filem-filem tanah melayu pula amat jauh bezanya dengan memaparkan betapa besarnya kereta si polan dan alangkah besar dan cantiknya rumah Dato Y... adalah sesekali filem melayu mempertontonkan filem yang berbeza sedikit umpamanya filem Jogho... Jika pengarah atau produser tanah melayu merasakan bahawa mereka sudah tidak berminat lagi membuat filem atau mahu bersara maka bolehlah mereka mencuba membuat filem ala filem tamil dengan menunjukkan betapa kuat menteri-menteri kita memakan rasuah atau bercerita tentang dinasti kroni pemimpin yang berangkai-rangkai... pasti filem itu akan menjadi filem terakhir mereka...
Berbalik kepada filem tamil tadi... jika kamu berasa penat berguling dari bukit ke bukit dan menukar baju dari benua ke benua maka saya mengesyorkan kamu menonton filem tamil terutamanya filem rajnikanth yang mutakhir...
Ada dua kemusykilan pada diri saya...
Mengapakah tidak pernah keluar dari majalah atau akhbar tentang berita selebriti filem wanita menumpahkan cinta mereka kepada budak pejabat, penghantar pizza, penjual nasi lemak atau pada diri saya???
Terlalu banyak khabar diterima mengenai pak menteri-pak menteri yang meniduri artis-artis yang cantik molek... tidakkah terliur menteri-menteri wanita kepada selebriti-selebriti lelaki yang ada masakini??

8 ulasan:
eheeheh...ada tu ada..
tp masih terkunci rapat dalam buku
heh..watashi harap semuanya cerita menakutkan tu akan berakhir
hana,
pandai kamu.
tambahan
wah! pantas benar kamu menulis komen... rasanya baru 2 minit saya menekan butang publish...
owhhh..komitmen watashi sgt tinggi
terima kasih
aahhaahah
rajhnikanth tua. tidak adil utk heroin muda mendpt hero tua. sy bantah!
kakakku.. :)
hye hajarss..!!
yaaa yaa waatshi pun sokong
hero tua dapat heroin muda
mcm atok dn cucu
citer tamil?
plot citer menarik lebih realistik
hindi???
hmmmm....citer fantasi
sama cam tgk snow white je
**oh..waatashi pun tak berminat nk guling di lereng bukit
Hero tamil sangat kuat. Bertumbuk pakai kain je. Naik motor kawasaki pun pakai kain. Kalau Dato'K pegi India, takat misai dia tu ayam² lagi. Budak tingkatan 3 kat india lagi tebal misainya.
Bercakap pasal artis, Natasha Benningfield pernah mengajak aku tidur bersama.
hajarss & hana,
Ya! biarkan lelaki itu bercili di gigi asalkan dia adalah hero yang muda...
ami,
Mungkin sudah bukan budaya di sini... hero filem tamil biasanya berperut buncit... lebih buncit perutnya itu nescaya lebih popularlah ia...
Errr... di mimpi tidur nombor berapa kamu diajak tidur bersama Natasha Benningfield tu... saya mahu juga berkongsi mimpi itu...
filem tamil memang bagus..
:)
Catat Ulasan