Jumaat, 29 Februari 2008

9 - Diri

Apa tujuan kita menulis??? Pernahkah kita bertanya soalan ini kepada diri?? kalau kerana wang ringgit... berapa sangatlah yang boleh diperolehi dari internet ini.... jika hendak dibukukan siapalah yang mahu membeli???

Jika dikata menulis kerana mahu mengubah dunia ini menjadi lebih baik maka itu paling mengarut... belum pernah lagi rasanya ada dalam sejarah menteri yang tidak lagi memakan rasuah setelah membaca sebuah sajak mengenai kecurangan pemimpin... belum ada lagi...

Dalam ketidakpastian itu kita masih menulis blog... berchatting pula kalau tiada apa yang mahu ditulis....

Ya! Chatting ini lagi satu hal... jika ada antara suami atau isteri kamu-kamu yang sudah mula berchatting berjam-jam maka ketahuilah bahawa sesuatu mungkin berlaku... jika pasangan kamu itu memang ahli sukan laga perut sememangnya ada harapan jadi begitu...

Apa lagi yang mahu diceritakan selain dari isteri menceritakan keburukan laki di rumah atau sang suami mengadu betapa teruknya bini yang tinggal bersama... setelah habis berchatting terus ajak berjumpa... dua tiga kali jumpa mulalah usik di sana-sini... akhirnya tempah bilik hotel dan mulalah berlaga perut...

Tetapi menceritakan kebaikan suami secara berlebihan juga tidak dibenarkan kerana takut rakan kamu akan muntah hijau mendengar cerita kamu itu... ramai para isteri memang gemar mengumumkan betapa kaya dan berjayanya suami masing-masing kepada jiran dan sanak saudara...

tamat

Saya sedaya upaya menggunakan perkataan yang tidak akan mengguris hati pembaca-pembaca blog saya seperti bersetubuh, blowjob, kangkang dan lain-lain lagi bahasa kasar kerana saya seorang yang prihatin...

tamat

Jemputlah rakan kamu datang membaca blog dari penulis agung seperti saya ini kerana pembaca blog saya adalah satu kebahagiaan buat saya....

3 ulasan:

Ami berkata...

Situasi 1
Ternyata kamu menulis berdasarkan pemerhatian tulen kamu (aku anggapkan insiden (atau lebih tepat tragedi?) di sekitar meja rezeki kamu). Jadi aku terus saja bersetuju.

Situasi 2
Aku ketawa. Kamu seperti aku. Prihatin. Oh, maklumlah..lelaki kacak memang begini.

Situasi 3
Sudah. Mungkin mereka masih selesa menjadi pembaca senyap.

hajarss berkata...

ada jek yg dia cite tu berkait ngn benda kat ofis ni.

ahahaha

x pe, sy suka.. ahahha

Matrix01 berkata...

Ami
Pakej lelaki kacak perlu datang sekali dengan sifat prihatin...

Hajarss
sebenarnya saya mahu bercerita perkara lain... entah kenapa selalu sangat terlajak perahu dua menjak ini...