Sabtu, 27 Januari 2007

34 - Lama

Amril_3Pada hari ini sahabat saya ketika di UiTM berkahwin di Kuala Pilah... Sahabat-sahabat lama yang lain yang lama tidak berjumpa juga kelihatan di sana... dan seperti biasa setiap org yang tidak saya jumpai lebih dari 3 tahun adalah dianggap sahabat baik saya...

Someone... somewhere... was made for u... itulah yang dapat saya katakan mengenai amril dan dyana... dengar cerita ketika saya duduk sebilik bersama amril di kampus Shah Alam... Dyana juga turut berada di sana... iskk... di sana itu maksudnya di UiTM Shah Alam... bukan di bilik kami... sungguh jahat fikiran kamu ini!!!

Tetapi Dyana tidak pernah dikenali Am ketika di sana... mereka bertemu jodoh setelah berada beribu batu jauhnya dari tanah air... nun di bumi united kingdom...

Sesampainya saya di Dewan perkahwinan mereka... dari jauh lagi Pakcik Jalal dan Ibu Am sudah ketawa besar melihat saya... saya tidak pasti kenapa? saya amat pasti bahawa saya telah memeriksa zip seluar saya ketika di dalam kereta tadi... mungkin saja aura saya yang gemar berjenaka sudah menimpa pada mereka... seronok benar mereka nampaknya... maklumlah menantu pertama...

Rakan-rakan lama yang lain cuma kelihatan setelah saya selesai makan... Shah TTDI kini seorang pegawai sumber manusia di MAS... Shah Gersang sudah jadi penerbit di RTM (rancangan apa saya kurang pasti)... Bob kini kontraktor Kelas F... Am sendiri menjaga perniagaan ayahnya di Kuala Pilah yang juga seorang kontraktor... Jal kini seorang konsultan... Amin serasa saya bakal menjadi penternak lembu yang berjaya (kalau anda membaca entri ini sila jangan bunuh saya)...

Kepada Amril... saya ucapkan agar kamu berbahagia hendaknya dan rendang daging di majlis kahwin kamu memang sedap...

Kepada Dyana... kamu sungguh bertuah kerana mendapat kawan saya itu... tapi dengarlah nasihat kawan suami kamu selama 8 tahun ini... jangan percaya bulat-bulat apa yang dicakapkan dia sebelum beliau tidur... beliau mampu mengubah fikiran semasa sedang bermimpi... dan ya! dia memang sayangkan bantal dan tilam itu... kamu tidak perlu cemburu...

Kepada kamu berdua... satu sahaja ucapan saya... WELCOME TO THE CLUB!

Tiada ulasan: