Sabtu, 10 Februari 2007

35 - Lawan

Berikut adalah perdebatan saya dengan seorang forumer di Putera.com... saja disimpan di sini buat kenang-kenangan dan renungan...


Perangi Murtad Sebelum Terkena Anda dan Keluarga Anda


"sekurang2nya kita nakkn pemimpin yg berlaku adil, amanah. klu lah syariat islam dr dulu lg digunakan dlm pemerintahan,xkn wujud gejala mcm ni. so pemimpin terkemudian pun xblh nak ubah 100% pencemaran syariat ni. so jgn nak menuding jari plk..bersatu lbh baik.

'merokok ada dalam Quran tak?' fikirkan.. - ZELDAWUNAN"

Lemahnya pemimpin tu sampaikan tak boleh nak tegakkan kebenaran agamanya sendiri di bumi sendiri... lemahnya sampai tak boleh nak tutup kilang arak & istana judi di negara orang islam ini... lemah sampai begitu sekali bila tak boleh nak kenakan undang-undang islam kepada umat islam sendiri.... ko tak rasa ke kita ni kemudiannya akan disoal dikemudian hari pasal hal ni??? kalau nak bersatu pun kena tengok jugak apa ideologinya... jgn main langgar jerr...

Satu lagi perkara... jgn la hina al-quran sampai kata rokok tak cerita dalam al-quran maka dengan itu al-quran tak layak jadi sumber undang-undang negara... sekiranya perkara tersebut tidak dinyatakan dalam al-quran, hadis masih boleh digunakan sebagai sumber kedua... jika tidak diputuskan pada zaman nabi muhammad saw maka ijtihad ulama akan digunakan...

Yang jadi masalah adalah bila berlaku kes murtad... ko akan ikut Al-quran atau Perlembagaan???

AL-Quran - “Barangsiapa yang murtad di antara kamu dariagamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka merekaitulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” [TMQAl-Baqarah:217]

Hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam - “Dihadapkan kepada Amirul Mukminin ‘AlikaramAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata ‘Seandainya aku,tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda “Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah”. Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam “Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia”

Perlembagaan - Artikel 11 - "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya."

Kalau ko kata malaysia akan ikut al-quran... kita berpegang kepada perlembagaan...

dan Artikel 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah."

Ini termasuklah hukum syara.... apa kata ko?

Tiada ulasan: