Khamis, 2 Ogos 2012

145 - Periksa dulu




Sebenarnya amat pelik bila difikirkan betapa mudahnya kita menelan berita bulat-bulat tanpa menyelidik terlebih dahulu. Ada masanya berita yang disampaikan itu tahap cipan bangangnya dan tak masuk dek akal  namun masih ramai yang memilih untuk terus percaya daripada meringankan jari menaip di google. 



Penambah bangangan ke atas tindakan tersebut pula adalah mengongsi pula cerita-cerita angin tersebut di laman-laman sosial buat agar teman-teman seperbangangan yang lain berkongsi pula cerita itu dengan yang lain. Lalu kamu pun menangis teresak-esak akan betapa kejamnya dunia ini dan betapa tidak patut dan bangangnya pencipta logo hari kebangsaan tahun ini dan alangkah pundeknya lagu yang dicipta Pak Menteri Budaya. Ahhh... ke situ pula saya.

Ishh!!! Tak habis pula saya menyebut bangang. Tapi masalahnya kalah Rais Yatim bangangnya kamu yang mengongsi buta-buta cerita yang disampaikan.

Apalah salah ibu mengandung agaknya jika kamu memilih kata kunci dari berita yang disampaikan tersebut dan mencari di laman pencari yang amat luas. Dengan sedikit saja rajin yang diperlukan maka akan sampailah kamu kepada punca cerita terbabit dan nah! Inilah ceritanya yang sebenar.

Kebenaran hanya datang jika kamu mencari bukan mengangkang saja.



Tiada ulasan: