Upacara tradisi setahun sekali di PNFL yang masih saya teruskan hingga kini adalah membeli kuih tart Kak Mizan setibanya puasa. Tapi maaplah, kuih tart yang saya beli bukanlah untuk persediaan beraya tapi untuk dimakan sendiri.
Pelik? Ini semua bertitik tolak dari keenakan kuih tart Kak Mizan itu sendiri. Sekiranya kamu peminat kuih tart nescaya meleleh-lelehlah air liur kamu menginginkan tart tersebut seandainya terjumpa. Mana tidaknya, melihat kepada warna keemasan dan kemerahan inti tart itu sahaja dah membangunkan nafsu selera.
Upacara Merasa Kuih Tart Kak Mizan ini patut kamu masukkan ke dalam list "Perkara yang harus saya lakukan sebelum saya mati". Asbabnya? Kuih Tart Kak Mizan Ini kalau dimakan sudah pasti kamu akan pergi mencari pesuruhjaya sumpah untuk buat pengakuan bersumpah akan betapa enaknya Kuih Tart Kak Mizan.
Kalau selalunya selak-selak tepung nampak tart tapi yang ini selak-selak tart baru nampak tepung. Inti Tartnya the best'est in de world.
Namun malang untuk kamu, tidak perlu ditanya di mana nak dicari Kak Mizan itu kerna di masa-masa ini biasanya kuota kuih tart sudah habis ditempah orang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan