“Macamana markah periksa kamu?” seorang kawan bertanya.
“Bolehlah cukup-cukup makan,” lalu kawan yang lagi satu menjawab,
Itulah kita. Sentiasa cuba bermisteri dan berahsia. Tak kisahlah kalau markah yang ada pada kita itu walhasilnya baik atau tidak maka jawapan kita bakal tetap sama.
Bukan satu soal yang besar sama ada kamu lulus atau tidak, markah kamu tinggi atau rendah. Selalunya yang menyapa Cuma hendak tahu sahaja. Paling-paling akan dicanang-canang satu atau dua hari tapi kemudian Akan dilupa saja. Bukan kamu seorang saja yang ambil periksa dalam dunia ini.
Tak semestinya kalau markah kamu itu tinggi maka kamu akan dicop sebagai berlagak yakni terdiri dari orang yang hidungnya tinggi-tinggi. Ada masanya kejayaan kamu boleh jadi inspirasi kepada orang lain untuk lebih berjaya lagi. Manalah tahu!
Jadi selepas ini jangan lagi berahsia dan bermisteri-misteri. Katakan saja A, B maupun D. Jika kurang baik maka itu bukan petanda gagal. Gagal itu apabila kamu berhenti mencuba.
Dan pastinya kamu fikir saya menulis entri ini sebagai tanda bahwa saya telah memperoleh markah peperiksaan yang maha hebat baru-baru ini. Mahu tahu berapa saya dapat?
Bolehlah, Cukup-cukup makan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan