Ahad, 28 November 2010

123 - Bersatu kita roboh

Kalau kamu ada menjemput kahwin dan saya tidak hadhir maka ampunkanlah saya. Memang sejak dari dulu saya ini bukanlah seseorang yang gemar ke majlis orang menikah dan ini bukanlah satu perbuatan yang terpuji.

Dulu saya tidak ke majlis pernikahan kerna perut saya sering saja tidak tahan dengan hidangan di majlis sedemikian. Sekembalinya saja dari majlis-majlis seumpamanya maka bersedialah saya untuk berulang alik ke tandas berulang kali. Sesekali keadaan ini ada juga berulang walau usia saya sudah semakin tidak muda.

Kata orang, jika kamu tak datang ke majlis orang maka jangan haraplah orang nak datang ke majlis kamu. Di sini saya ingin memberitahu kepada kamu bahawa orang tu bodoh. Majlis nikah saya bersepah-sepah dengan orang dan malu rasanya untuk saya katakan bahwa lauk yang dimasak adalah tidak cukup. Tapi serasa saya tetamu pastinya faham kerana saya memang terkenal kacak orangnya dan ramai antara yang hadhir itu adalah awek-awek yang kempunan mempersuamikan saya.

Orang yang menikah pada hari ini tidak akan sah tanpa membazir. Rasanya mereka kalau boleh mahu menuntut kepada pandai agama agak memfardhukan hal membazir ini ketika majlis kahwin. Asbabnya adalah menikah itu Cuma sekali. Jahil benar kamu kalau tak pernah mendengar jodoh maut ajal pertemuan itu di tangan tuhan. Mana pula kamu tahu yang kamu akan menikah sekali saja seumur hidup kamu. Dalam hidup saya sendiri sudah berapa ramai manusia yang berkahwin berkali-kali yang sudah saya ketemu.

Yang tak berduit buat hutang pada bank sana sini. Harapannya duit sedekah para tamu dapat menutup balik lubang yang digali. Kalau tak dapat dikambus maka berusahalah membayar hutang tersebut sampai mati.

Dan saya doakan segala bahagia kepada kawan maya saya yang baik bernama Nia Hana yang bakal melangsungkan perkahwinan bersama Lord Bushido di Kampung Haji Wahab, Batu Dua, Jalan Kuala Ketil, Kedah pada 5 Disember nanti. Moga-moga perkahwinan mereka akan kekal hingga ke syurga. Tahniah kerna berjaya menghidupkan sunnah nabi.

Welkam to da klab!

4 ulasan:

sulfuric^acid berkata...

ingatkan statement kahwin lg..intro mngancam..lega Lily soeur :b

Matrix01 berkata...

Kamu sila berhenti baca blog dan jaga MRE... 'Bos' dah panggil... Hehehehe...

Super Nia Hana berkata...

no wonderla kamu tak dapat hadir.kamu punyai perut yg agak sentimental. :)

terima kasih utk doa kamu.
watashi bebetul hargai sgt utk join klab ni sejak dulu.
kikikik

Butik Shopaholic berkata...

be our follower & gt rm2 off at http://butikshopaholic.blogspot.com/