Isnin, 18 Oktober 2010

121 - Haji yang semalam

Bagaimana agaknya umat melayu yang terdahulu mula-mula mengerjakan haji? Cerita-cerita di balik buku-buku dongeng melayu banyak berkisar tentang keramat-keramat, dewa-dewa dan daulat-daulat tapi tiada yang menceritakan perihal haji walaupun mengikut ceritanya sejak parameswara sendiri melayu itu sudah diislamkan.

Yang sempat kita dengar dari tok nenek kita yakni perjalanan ke Mekah itu dari Tanah Melayu memakan masa selama 6 bulan. Dalam pada itu ada yang membawa telur ayam dalam perjalanan dengan harapan sesampainya di Mekah telur ayam tersebut telah menetas dan boleh dibuat sembelihan. Benar atau tidak tak saya tahu.

Yang saya tahu dan saya kerat jari kamu tak tahu, Mendam Berahi adalah antara nama kapal haji yang pertama yang diketahui dalam sejarah. Oleh kerna kamu adalah pembaca tegar majalah Mangga maka Mendam Berahi yang kamu tahu adalah filem separa lucah buatan Tanah Melayu yang sangat populer sekitar 90an.

Sebagai rakyat Tanah Melayu yang Islam maka ada baiknya jika kamu berterima kasih kepada Prof Diraja Ungku Aziz di atas usaha yang dijalankan beliau maka tertubuhnya Tabung Haji pada hari ini. Maka atas keperihatinannya itulah maka mak, ayah, datuk nenek kita tidak lagi perlu menjual tanah belulang untuk ke Tanah Suci. Ungku Aziz sememangnya tokoh yang amat saya hormati sejak dulu. Sekali lagi bukan seperti kamu yang mimpikan Siti Nurhaliza siang malam.

Buat Bakal Haji yang bakal berlabuh ke Tanah Suci, Selamat Pergi dan selamatlah juga kembali dengan mabrur.


Tiada ulasan: