Selasa, 12 Oktober 2010

120 - Ya! saya tulis lah!

Satu

Jika kamu sudah bernikah sekalipun tak usah lah kamu mewar-warkan akan betapa mesranya kamu suami isteri di Bukumuka. Pertamanya, tak molek benar kita sebagai umat melayu yang mengaku ulung budi pekerti menunjuk-nunjuk kemesraan suami-isteri berlebih-lebih sangat. Macamlah orang lain tak rapat mesra seperti kamu.

Dua

Kamu nak dengar cerita Amy Mastura?

Baru-baru ini Orang Tua Gemok di opis saya memberitakan bahwa kerajaan kini berura-ura mahu mewajibkan acara qiamulail untuk setiap jemaah yang bakal menikah yakni satu lagi projek bangang dari kerajaan.

Apalah agaknya yang dibuat oleh pandai agama kerajaan agaknya selain dari memuji-muji betapa islamnya tanah melayu ini? Membina masjid bukankah perkara yang harus disegera-segerakan bagi yang sudah cukup sifatnya. Sudahlah mak bapak di Tanah Melayu ini sudah sedia maklum andai lelaki tiada wang sejuta maka disimpanlah anak dara itu sampai tiba tarikh luputnya.

Nak ditambah pula dengan idea bodoh sebegini yang menyusahkan lagi orang yang nak menikah. Apa kamu fikir dengan satu malam berqiamullail dan dengan paksa rela pula tu maka esok harinya si jantan itu jadi imam muda?

Proses memanusiakan manusia bukan berlaku dalam satu malam. Menempa insan yang baik perlu mula dari rebung, kalau umur dah serupa terompah kayu nak dilentur macammana? Kota Rom tidak dibina dalam satu hari.

Apakah yang hendak dijawab kepada tuhan esok andai ada anak-anak yang dibuang di tepi jalan? Bukan kamu tak tahu Tanah Melayu kini, di zaman jahiliah manusia menanam anak perempuan hidup-hidup tapi kita mahu lebih hebat, bayi lelaki dan perempuan sama-sama kita jadikan makanan anjing.

Tiga

Amy Mastura adalah penyanyi kegemaran saya dulu. Dan ya! dulu saya pernah masuk walkaton. Hahahaha...

3 ulasan:

Super Nia Hana berkata...

ahahaha..tempat watashi nak dapatkan borang pun kena datang kuliah subuh and test bagai.

tu belum kira di pejabat kadi.sesi bersambung2.
pagi bawak ke petang.

tertekan?
mesti......

pstt------ sepupu watahsi siap pesan smbil senyum 'kenapa tuan berat nk sign borang kami,kalau jadi apa2 pada kami yg nk halalkan hbgn suami isteri, tuan nk tanggung dosa kami'

ok..kalo watashi dh kawen nnt watashi letak pic pegang tgn sja..*walaupun skrg dh ada and dah delete..wahahahahha

Matrix01 berkata...

Hana,
Susah nak berkahwin di Tanah Melayu. Di masa depan agaknya yang dijamin masuk syurga sahaja dibenarkan menikah.

Ohhh.. sebelum terlupa saya belum ucapkan selamat bertunang kalau belum terlewat.

Super Nia Hana berkata...

kamu mmg super terlewa
sebagai denda.kami wajib datang majlis watashi nnt
bulan december