Ahhh... sudah terlalu lama tak menulis... kekadang saya ada idea untuk menulis tapi dikekang oleh pelbagai urusan yang perlu didahulukan... pelbagai perkara telah berlaku di sepanjang saya tidak menyentuh blog ini... tapi lupakan saja apa yang sudah berlalu... saya sendiri malas untuk mengenang lagi...
Cuma kalau ada yang hendak disentuh adalah mengenai saya dan majalah seni beladiri yang telah mencapai kata sepakat untuk menerbitkan kolum bagi Silat Gerak Kuntau di dalam majalah tersebut.... Menurut kata editor, adalah baik sekiranya saya dapat menyediakan 12 artikel untuk dimuatkan bagi setahun... Atas sebab yang demikianlah sekiranya ada masa saya yang terluang maka saya terpaksa memperuntukkan bagi menulis artikel tersebut...
Sehingga kini telah ada tiga artikel yang telah tersedia... Foto telah diselesaikan semalam dan rasanya semua foto yang diambil adalah memuaskan... terima kasih kepada Cik Hajarss kerna dengan baik hati telah meminjamkan kamera SLR walaupun pada masa yang sama dia seharusnya membawa kamera itu ke Ekspidisi Gua Tempurung...
Lain kali saya akan cuba menulis di blog ini... Cuma doakan agar saya berjaya menulis kesemua dua belas artikel tersebut ke Majalah Seni Beladiri... Amin!
7 ulasan:
oh!
sama2..
langsaikn yg tupai2 itu ye..
:D
Dasar budak jahat yang menolong tanpa ikhlas...
mslhnya tupai2 tu janji dr 2008!
wahh.. cik hajar sudah mempunyai dslr?? sungguh ketinggalan tentang cik hajar nih.. al-maklum blog nyer macam ada gambar censored telah di passwordkan...
cik aja sekarang bergiat dalam blog bersensor pelauk malang...
perghh.. tak sabar saya nantikan password blog itu...
faizalpuzi. dah bukak. g la tgk.. mmg byk sy upload gmbr2 versi pelauk malang. tgk smpai muntah.. wahaha
Catat Ulasan