Maka benarlah jalan-jalan ke pintu neraka itu dipenuhi dengan niat-niat yang baik...
Misalnya ada teman kamu terlibat dengan sukan laga perut secara haram... kamu berniat membetulkan dosa yang dibuat teman kamu itu... disebabkan beralasan tidak berdaya membetulkan kesilapannya itu maka kamu bernekad untuk memohon bantuan manusia lain... Orang yang lebih tua misalnya...
Disebabkan kamu seorang yang prihatin dan ingin memberi ajaran kepada umat lainnya agar tidak mengulangi silap yang sama maka kamu berkongsi maklumat yang sama dengan teman-teman rapat kamu...
Masalahnya dengan mulut manusia adalah kebanyakkannya dibuat daripada tempayan... amat mudah menghidangkan pelbagai cerita-cerita buat makanan ringan di waktu senggang... lebih sedih bila tempayan-tempayan ini adalah tempayan tua semuanya... sudah berkarat tapi memang sangat gemar menukar hidangan di antara satu sama lain...
Akibatnya niat baik untuk memberi pengajaran bertukar menjadi medan bercerita apa yang ada di dalam kain orang lain... Yang berdosa terus berdosa dan kita terjebak dengan dosa baru...
Orang melayu memang terkenal sebagai pencerita kisah lucah yang baik... Pantang jika ada kisah yang berkait dengan aksi laga perut memang tak akan dilepaskan... Kalau tak percaya sila tanya anak lelaki melayu jika mereka pernah melangkau kisah rogol atau pesta seks di suratkhabar... pantang tujuh keturunan anak lelaki melayu terlepas cerita-cerita sebegitu...
Kalau yang duduk di pejabat memang tak terlepas dari cerita-cerita dalam kain sebegini... Yang dah berkahwin bercerita... yang anak dara tersipu-sipu mendengar kononnya malu... tapi nak mendengar juga...
Niat-niat yang baik itu sesungguhnya memenuhi jalan ke pintu neraka... maka benarlah...

3 ulasan:
Aku nak guna blutut pun tak reti. Ahaha
hmm....niat baik yang telah disalahgunakan
hrmmmm
Catat Ulasan