Maafkanku denai damai yang turut resah kerna menyusur lorong damaimu...
Dengan darjat yang jijik... cemar embun di rumputmu...
Sapaan jejak yang sekian lama mencari air cucian di tasik kemanusiaan...
Kutahu dedaun di sekitarmu akan mengeji...
semalu menguncup daun dan senduduk angkuh menyindir...
dan denai damai kau akan terpulau...
Dengan izinmu kulalui lorongmu
yang pasti bukan untuk jasad jijik ini...
Maafkanku denai damai...
1997 - SMKP
Dengan darjat yang jijik... cemar embun di rumputmu...
Sapaan jejak yang sekian lama mencari air cucian di tasik kemanusiaan...
Kutahu dedaun di sekitarmu akan mengeji...
semalu menguncup daun dan senduduk angkuh menyindir...
dan denai damai kau akan terpulau...
Dengan izinmu kulalui lorongmu
yang pasti bukan untuk jasad jijik ini...
Maafkanku denai damai...
1997 - SMKP
Berapa ramai antara kamu yang akan termenung sebentar pabila mendengar lagu yang berkumandang di corong radio lalu berfikir; mengapa bukan aku yang menulis bait seindah itu??? Terkecuali diri saya...
Saya tatapkan sebuah puisi yang berumur sedekad yang lalu buat mengingatkan diri kamu akan betapa tidak berbakat dan serba kekurangannya diri kamu...
Walau serba kekurangan dan sehodoh mana sekalipun, ramai ibu bapa menganggap anak merekalah yang paling cantik... kecuali emak saya yang sungguh beruntung kerna mendapat anak yang sungguh kacak sedari kecil seperti saya... dan seperti biasa emak saya tidak perlu bersusah payah memuji-muji anaknya sendiri seperti emak-emak orang lain kerna dengan sekali pandang sahaja orang akan mengakui betapa comelnya saya ketika itu...
Sayang sekali kecantikan yang diwarisi kami turun temurun itu tidak pula terwaris pada adik saya yang bongsu... diharapkan suaminya di masa hadapan tidak pula serupa buruk jika tidak cacatlah kisah kecantikan keluarga kami turun temurun... errr... jauh pula melalut... sikit lagi... jika kamu tak percaya silalah kamu ke UKM Bangi dan carilah perempuan yang berhidung pelakon Nor Khiriah... kamu akan faham...
Berbalik pada cerita tadi... Bagi yang sudah bekerja, kiriman wang kepada orang tua di kampung bukanlah bayaran ansuran untuk ke sorga...
Kasih sayang kepada orang tua perlu ditunjukkan sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang kepada kamu sejak jari kaki kamu masih merah lagi... Kamu juga dilarang menghantar kedua orang tua ke rumah kebajikan melainkan kamu dan adik-beradik kamu sudah mati...
Sila kira berapa kali agaknya dalam tahun ini kamu mencium kedua ibu dan bapa??? Cium pipi sahaja... Cium di mulut akan menyebabkan kurang selesa... Berapa kali pula kamu mencium adik-adik kamu??? Harus diingatkan! Adik kamu sahaja! Adik orang lain tidak digalakkan kerna mencium adik orang takut ditangkap polis...
Saya kacak... Adik saya tidak...
4 ulasan:
heh..nk ckp psl sape kacak,sape cantik dlm famili ni mmg susah
watahsi pernah org kata anak angkat'
sadis
sdgkan watashi ms kecik sgt buruk
org gilak
Orang terus cerita pasal adik dia nun jauh di sana bila baca entri ni... sedih la...
ooo mengumpat aku di blog ya..kuang asam!! tuk pengetahuan sume aku lah adik bongsu yg dimaksudkna itu..tp itu dulu masa dia kecil tp bila dah besar wajahnya 1000x xhensem dr dulu..n aku kini sudah dewasa,aku tak ckp aku cantik tp org yg ckp..hehehe..kecantikan adalah hak milik setiap insan...kerana diriku begitu beharga..
Catat Ulasan