1997... Sekolah Menengah Petaling...
Bagi kebanyakan pelajar ketika itu (juga kini) menghisap rokok merupakan satu kebanggaan maha hebat bagi mereka... adakalanya kebanggaan itu melebihi keseronokan tak memasal tatkala ternampak tali coli budak perempuan yang terkeluar tiap kali matapelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan...
Walaupun berkawan dengan perokok tegar zaman sekolah seperti Shahrul Token, Razalee Adam, Mat Yengki dan Nizam Bean, saya tidak bercita-cita untuk merokok... bukan tak pernah mencuba... tapi bak kata Razalee Adam "Lu ni tak ada bakat la!"
Terdapat satu kejadian yang meruntun jiwa mengenai merokok ini...
Di hujung blok sebaris bilik Guru Disiplin yakni Cikgu Ghani adanya sebuah tandas... situ tempat berkumpulnya kumpulan perokok tegar... mungkin aroma jamban yang ada menyedapkan lagi hisapan demi hisapan rokok yang ditarik ke paru-paru... tiap kali tiba waktu menyedut, setiap bilik jamban akan dipenuhi... ada yang berani mati menghisap di depan sinki... rasa dunhill dan urin bercampur baur...
Daaam! Daaam! Daaam!
Tiba-tiba pintu tandas diketuk berulang kali...
"Ghani datangggg!!!!!! lariiiii!!!!!!!" kedengaran jeritan yang entah di mana...
Seperti kita semua sedia maklum pengawas adalah manusia paling suci di sekolah... Dengan lesen L yang diberi Guru Disiplin mereka inilah yang mengetuk setiap pintu jamban menyuruh pelajar keluar... meskipun lambat-lambat namun pelajar terpaksa juga berbaris di hadapan tandas...
Satu cara klasik menangkap penghisap rokok di sekolah adalah dengan menghidu bau rokok di tangan... rokok yang dipegang akan meninggalkan bau di hujung jari tangan penghisap... sekiranya kamu menghisap rokok menggunakan jari kaki maka kamu agak beruntung dalam hal ini...
"Hulur tangan kamu!!!" bentak Cikgu Ghani kepada pelajar pertama...
Pelajar pertama menghulurkan tangan... Cikgu Ghani mendekatkan hidung... terbau rokok... PANGGGG!!!!! hinggap sebiji pelempang ke muka.... jika diambil marker pen maka boleh dilukis berapa besar bekas tapak tangan Cikgu ghani di muka mangsa...
Cikgu Ghani menuju kepada tertuduh Kedua.
"Hulur tangan kamu!!!"
Pelajar kedua menghulurkan tangan... Cikgu Ghani mendekatkan hidung... terbau rokok lagi... PANGGGGGGG!!!!! Seorang lagi terkena pukulan TKO...
"Hulur tangan kamu!!!", jerkah Cikgu Ghani kepada pelajar ketiga... Api marahnya nampak tak kunjung padam...
Pelajar ketiga menghulurkan tangan... seperti biasa Cikgu Ghani mendekatkan hidung... matanya terbeliak... mukanya bertukar kemerahan...
"Buuueeekkkkk!!!! Bau apa ni!!!!!"jeritnya...
"Maapla Cikgu... tadi saya berak tak sempat nak basuh tangan!"

15 ulasan:
eeeeeeeeeeeeeeeeeee...................
jiwa cikgu tu sungguh kental
salute!
ahahahahaha
Nasib baik aku ni tak merokok.
hana,
Cikgu tu dah bersara sekarang...memang garang sungguh... penah dibaling buku akaun ke muka saya...
ami,
Hahahaha... Ye! ye! saya percaya...
tambahan,
Budak berjari busuk tu budak india... mengikut kabar angin memang dia menghisap juga masa tu... tapi demi menglupuskan bahan bukti dia sanggup korek punggung sebelum keluar dari jamban...
wooooooooooo..ngeri ngeri ngeriiiiiii
mana adikku matrix???
rasa tak biasa kalau tak ada dia
ahahahha. bengong tul.
akakku!!!!
sampai sekarang saya terfikir... macam mana cikgu ghani boleh tak perasan budak india tu basuh berak pakai tangan kanan???
adakahcikgu ghani menghidu bau kedua2 belah tangan???? curious laa...hisap rokok tgn ape?
salam ziarah :)
bagusla cikgu tu.. perkasa... kalau dia jumpa student dia di luar dan merokok apa gamaknya dia buat?
ima,
kamu berfikir terlalu dalam...
kawaii,
biasanya dia tak sempat nampak... budak sekolah pun dah pakai tonto waktu tu...
matrix,
watashi terpaksa cakap menda ni pd kamuu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
kamu sgt pemalasssssss
Hana,
Salah tu... sebenarnya saya sangat sibuk... dah sedikit buntu...
salam,
tumapng tanya...kejadian cikgu ghani tercium tgn tak cebok nie thn biler?? aku dulu pun sekolah situ gak..1991 - 1995
Nama siapa ni? camner boleh tersesat di sini?
ex-smp & bekas kapten takraw sekolah SMP dulu..ehehehe
search dlm google "sekolah menengah petaling" then terjumpa la link nie.. :D
Hohoho......
Cikgu yg hebat
Menjana....
Tukang tulis yg hebat bangat :)
Catat Ulasan