Dulu ada sesuatu yang disebut sebagai diari... dengan berkembangnya pelbagai gejet terkini maka diari semakin dilupakan terus... kebanyakan yang menulis diari yang saya kenali adalah perempuan... akan tetapi ada juga puak-puak lelaki yang sentimental yang tak terlepas turut menulis diari juga...
Ada diari yang dijual beserta dengan kunci menunjukkan betapa privasinya sesebuah diari itu... kesemua luahan rasa sehari-hari dicurahkan ke muka diari sejujur-jujurnya... maka jika terlepas diari itu ke tangan yang salah maka kekadang buruk padahnya... kebanyakan yang ditulis akan disimpan sendiri...
Menyimpan diari ketika di asrama bermakna kamu menyimpan buku novel pinjaman khutubkhanah buat tatapan ramai rakan-rakan antagonis seasrama... cuma bezanya pinjaman asrama diketahui oleh pemiliknya... kamu tidak... bukan kamu tak tahu kebanyakan rakan asrama adalah pakar dalam memperlakukan harta orang seperti harta keturunannya sendiri...
Balik kepada cerita diari tadi... Bila tiba suatu masa buat mengenang memori, penulis diari akan membuka kembali catatan-catatan lampau... ada yang boleh dibuat ketawa dan ada juga yang boleh dibuat menangis... dan kebanyakan lelaki yang menangis bila membuka kembali diari adalah lelaki yang tak tahu malu... sungguhpun menangis sendirian... tapi memang tak tahu malu...
Kini dicipta pula blog... segala yang dulu ditulis untuk diri sendiri kini sudah berubah... kita mula berkongsi emosi bersama puak-puak lain di mana sahaja... segala yang ditulis bukan saja dikongsi malah ada pula komentar bagi tulisan kamu sehari-hari itu...
Ada yang mata mau buta... ada yang adik pergi meninggalkan keluarga jauh nun di sana... ada yang baru berkonvokesyen... ada yang membuat novel 'ofisku nerakaku'... dan lain-lain yang tak dapat disebut di sini...
Perasaan kita kini tidak seperti dahulu... perasaan sudah mula boleh diglobalkan (ayat canggih untuk hari ini)... samada perasaan yang kamu lahirkan itu jujur atau tidak itu soal lain... yang paling penting adalah apa yang kamu tulis itu mungkin mampu menolong orang lain atau paling kurang menolong diri kamu sendiri... kegembiraan kamu kegembiraan orang lain... kesedihan kamu kesedihan orang lain...
Kita mula patut belajar tentang emosi orang lain... mungkin kamu boleh ketemu diri kamu yang lagi satu di situ... untuk mengenalinya kamu harus keluar mencari...

5 ulasan:
Oi²..siapa yang buta?
ciss!
kawan saya la... nama tak boleh didedahkan... mula dengan A... hahaha...
ofisku nerakaku
ekeekekekekeke
adik pegi jauh meninggalkan kluarga. aaaaaa
perasaan sudah mula boleh diglobalkan. sy pasti rindukan bau kari itu. uuuuuu
Hana
'ofisku nerakaku' novel kebanyakan orang juga...
Hajarss
Bau kari mana ni?
Catat Ulasan