"Kehidupan adalah guru paling zalim... ia akan menghukum terlebih dahulu... baru mendidik..."
Jika kamu terlibat di dalam pementasan teater Bukan Dejavu tempoh hari maka tepuk-tepuklah bahu kamu... tak kiralah samada kamu seorang pelakon atau pemegang lampu... penjaga pintu atau pembeli tiket... kamu wajar mendapat puji-pujian atas pementasan tersebut...
Kepada yang tidak menonton saranan saya adalah... sila menangis kekesalan... kamu telah ketinggalan menonton sebuah teater paling menarik abad ini...
Meskipun ada sedikit kecacatan (ayat ini bagi menunjukkan saya pandai)... tapi segalanya tertutup dengan lakonan mantap para aktornya...
Watak perempuan kelab malam sangat gemar digunakan oleh penulis teater... Pak Samad sudah terlebih dahulu menggunakan watak tersebut bagi Lantai T Pinkie juga Salina... Itu juga saya tidak hairan kerna kehidupan Pak Samad di masa kecilnya amat dekat dengan perempuan yang sewaktu dengannya... Adakah penulis teater yang ramai juga bernasib yang sama???
Waima demikian, saya tetap terhibur dengan pementasan tersebut... sebuah cerita manusia yang bukan bodoh... tetapi lurus... manusia lurus yang hidup dalam dunia yang serba bengkang bengkok...

4 ulasan:
bestttt. suka glerr. wahahha. parjo mmg klaka la
Aku tak pernah dapat peluang tgk teater. Sila ajak aku.
hajarss
Jawa memang akan cenderung minat kepada Jawa...
ami
boleh saja... nanti ada pementasan ibu zaen di istana budaya... sediakan ongkosnya... tapi saya tak jamin sehebat Bukan Dejavu...
huuhuuh..semumur hidup,watashi cuuma sekali tgk teater."cindai"
itupun atas desakan kengkawan
Catat Ulasan