Jumaat, 1 Jun 2007

38 - Tolol 2

And one… and two… and three… and four….


Bunga : Aku telah diusir dari istana itu

Aku : Apakah yang menjadikan kau diusir dari istana itu sedangkan kau adalah kebanggaan Sultan?

Aku bertanya sambil mengunyah keropok twisties yang baru kubeli tadi.

Bunga : Sebab untuk pengusiran itu boleh dikorek di mana-mana… kalau dah namanya manusia… menyatakan kebenaran adalah sesuatu yang bodoh… mempertahankan kejujuran pastinya satu yang dungu… membenarkan kebodohan adalah wajah di sebalik topeng mereka yang sebenar.

Aku : Aku sungguh iri dengan dirimu… selama aku hidup pelbagai manusia telah kujumpa… pelbagai telah mendengkiku… tapi tiada siapa lagi yang mengalihkan aku ke tempat yang lain agar mereka tidak lagi perlu cemburu.

Aku berhenti sebentar untuk meneguk coke.

Aku : Tapi kau cukup beruntung… Si Zeena dan Bendahara Tua sedaya upaya terpaksa mengusir kau dari situ agar mereka boleh hidup selesa dan tidak perlu terus jadi pengecut lagi. Namamu kini sebaris dengan Hang Tuah yang dicemburui oleh Pateh Karma Wijaya dan jua konco-konconya



Tinggalkan Satu Peluru oleh M. Nasir


Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru

Mana tahu?
Dah jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi

Di mana helang terbang ke situku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asalkan ku menang

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja


Drama di atas tiada kena mengena dengan mereka yang telah hidup ataupun yang masih meninggal dunia...

Tiada ulasan: