-It is not about how much you can learn... but how much you are willing to learn-
Kata-kata di atas diucapkan oleh En Adam Zayadi di hari pertama saya menjejakkan kaki ke alam pekerjaan profesional pada tahun 2001... kini rakan-rakan di pejabat tersebut telah banyak yang mengikut haluan masing-masing... dua dari mereka telah bekerja di Ireland... bekas superior saya telah bekerja di satu tempat di Afrika... tempat beliau telah digantikan pula oleh senior saya yang kini menjadi salah seorang associate di syarikat itu... senior saya yang satu lagi telah membuka sebuah syarikat kontraktor landskap di Shah Alam...
Semua ini telah terjadi dalam masa 5 tahun sahaja... manusia nyata sekali berkembang mengikut peredaran masa... Semua mengejar apa yang dipanggil SUKSES...
Untuk melihat sukses... saya meletakkan diri saya di suatu sudut yang berbeza... sukses bukan sebuah piramid untuk kita daki hingga ke puncak... sukses adalah semangat yang hadir ketika kita bangun pagi... mendapatkan secawan kopi dan menikmatinya bersama insan yang tersayang... dan yang paling penting kita merasakan itulah dia kebahagiaan...
Persepsi yang berbeza adalah pasti bagi setiap manusia... manusia itu tidak sama... pandangan kamu juga mungkin berbeza...
Persepsi yang berbeza juga mendatangkan perdebatan di antara saya dan Lily samada boleh kita gelarkan mereka-mereka itu angkasawan atau pelancong angkasa? Jika sekadar naik ke orbit dan mencuba resepi teh tarik tanpa apa-apa kajiselidik yang lebih berguna maka mungkin kita telah membelanjakan sejumlah yang besar bagi membiayai pelancongan 2 rakyat kita ke angkasa lepas...
Saya tidak membangkang... tidak juga mengiakan... cuma diharapkan dalam 10 tahun akan datang kita akan mampu menghasilkan angkasawan yang benar... kerana satu tapak yang pertama diharapkan akan membawa kepada seribu langkah yang seterusnya... Terus sukses!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan