Pernah melihat babi menyodol? bila babi mula menyondol dia akan terus maju ke depan tanpa menoleh ke kiri dan kanan dan tanpa mem'brek'... dari situ munculnya simpulan bahasa 'membabi buta'... itulah yang bermain di benak saya ketika kerajaan memutuskan untuk melaksanakan matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris... pelaksanaan yang akhirnya merugikan bangsa melayu itu sendiri...
Saya tidak menafikan bahawa bahasa inggeris juga penting dalam hidup manusia yang kini tinggal dalam dunia yang dikuasai oleh peradaban barat... tapi pencernaan ilmu juga adalah sesuatu yang cukup penting... orang melayu memang payah nak makan nasi kalau dipaksa makan menggunakan chopstik... silap haribulan makan pun tak kenyang... begitu juga dengan ilmu... yang penting dalam satu-satu upacara pembelajaran adalah pemahaman... pemahaman boleh hadir sekiranya penyampaian dilakukan dengan gaya dan cara yang mudah...
Takut nanti jadi bak kata orang tua Yang Dikejar Tak Dapat... Yang Dikendong Keciciran...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan