Selasa, 21 November 2006

27 - London

Buat pertama kali dalam masa beberapa tahun ini saya kembali menaiki komuter... tidak banyak perkara yang berubah... penumpang masih belum boleh mengeja perkataan 'sila beratur' dan ramai antara mereka tidak berkemampuan untuk membezakan yang mana satu tong sampah dan yang mana rel kereta api...

Yang lebih menarik minat saya adalah sepasang lelaki dan wanita di dalam tren itu yang berdiri hampir dengan saya... saya amat pasti jika mereka turut berada bersama-sama adik-adik yang mengambil kertas bahasa inggeris SPM tahun ini mereka akan gagal dengan cemerlang dalam peperiksaan lisan...

"what food u want for this night? i tak rasa lapar jadi i feel i dont want to cook la..."

"dont worry la... i think we makan luar this night... i pun ada bisness to do..."

Aci potong jari saya berani mengatakan minah dan mat tersebut takkan speaking london sekiranya mereka ada di rumah...


i feel stupid if i speak malay... i feel bijak if i speak rojak...

Tiada ulasan: