Rabu, 11 Oktober 2006

18 - Kad... E-kad... SMS...

Cuba kembali ke belakang kalendar yang lepas... di tahun di mana SMS dan emel serupa macam hang tuah berjumpa dengan set DVD player... begitu asing sekali... di waktu-waktu hari raya semakin dekat ini kad raya menjadi pengganti diri... siap ada lumba-lumba pulak sape dapat susun kad raya paling panjang dekat dinding rumah...

sayang sekali milenium yang terbaru ini boleh membuatkan tokey kad raya dan pos malaysia makan hati... ucapan hari raya boleh disampaikan dengan less cost, faster and efficient dengan adanya khidmat SMS dan Emel... maka makin kaya lah tokey syarikat telekomunikasi di hari raya ini...

ikhlasnya saya lebih gemarkan suasana konvensional yang dulu... bukan tak mengikut aliran zaman... tapi nilai sentimental value pada kad raya tu lebih enak untuk ditelan... sukar rasanya nak menyimpan ucapan-ucapan hari raya dari teman-teman yang menghantar ucapan menggunakan medium elektronik...

Buat teman-teman... saya masih mengalu-alukan ucapan hari raya dari anda (jika ada)... saya sedar saya masih popular di hati anda... hahahahaha.... cuma bagi yang menghantar SMS dan emel.... tak perlulah anda menghantar e-kad atau sms dengan ayat yang entah dari siapa yang mula menulisnya dan kemudian disebarkan dari satu nombor ke satu nombor... taiplah sendiri ucapan anda walaupun sebaris ayat dan tak berwarna-warni.... saya faham anda bukanlah celik komputer sangat atau rajin sampai nak create sebuah flash animation khas buat saya...

Cukup sekadar saya tahu ucapan itu datangnya khas dari hati turun ke jari... bukan hanya sebuah fotocopy....

Tiada ulasan: