Artikel ini telah diterbitkan di Utusan Malaysia pada 18 Sept 2006 tapi dah diedit...
Sungguh tercabar rasanya bila mendengar cabaran dari Ruzaidi Abd Rahman di kaca televisyen mengajak penonton khasnya ahli seni beladiri agar tampil menonjolkan bakat dalam aliran masing-masing dalam pertandingan Ultimate Warrior yang diadakan di tengah-tengah kegemilangan Dataran Merdeka pada 15-17 September 2006. Nyata sekali inilah kali pertama dalam pengetahuan saya promosi dalam bidang seni beladiri dilakukan secara besar-besaran dari kaca televisyen hingga ke ruang-ruang surat khabar.
Peserta-peserta dari seluruh negara penuh dengan semangat berkobar-kobar ingin turut serta bersama dalam perlawanan yang entah bila akan diulang kembali. Bukan setiap hari kita dapat melihat beladiri dari silat, kungfu, karate, silambam, taekwondo dan lain-lain lagi beradu tenaga, skil dan nasib bagi menentukan siapa yang terbaik. Pujian harus diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan yang menjadi penganjur acara ini.
Sayang seribu kali sayang, bagaikan ada tangan lain yang mencacatkan acara yang sepatutnya menjadi kebanggaan kita rakyat Malaysia. Dalam kita berjuang agar Malaysia menjadi pusat beladiri dunia dan dengan adanya pertandingan sebegini yang meletakkan negara kita di mata warga beladiri antarabangsa terdapat insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam pertandingan ini. Masa pendaftaran yang telah diwar-warkan di dada-dada akhbar untuk dimulakan pada jam 7 malam sehingga jam 9 malam telah dilangsungkan lebih awal pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 7 malam. Di ketika itu ada calon peserta yang hadir pada jam 7 malam untuk mendaftarkan diri seawal mungkin sebenarnya telah tertipu apabila pendaftaran telah pun ditutup.
Pihak yang bertugas memberikan alasan bahawa tidak logik pendaftaran dilakukan pada jam 7 malam sedangkan waktu adalah suntuk dan peserta adalah ramai. Yang menjadi kemusykilan, mengapa pengumuman awal tidak dibuat menerusi radio, televisyen atau internet? Kita sedang melalui satu zaman di mana teknologi untuk mendapatkan maklumat adalah begitu mudah sekali. Salah satu dari penganjur acara Ultimate Warrior ini adalah Digi sebuah syarikat telekomunikasi yang seharusnya lebih arif dan tahu tentang penyebaran maklumat secara pantas dan efektif. Malah sehingga hari perlawanan berlangsung, akhbar masih memaparkan bahawa waktu pendaftaran dimulakan pada jam 7 hingga jam 9 malam.
Apabila masalah ini dianjurkan pada pihak yang bertugas alasannya cukup mudah; "Itu saya tak tahu!".
Saya percaya ada di kalangan yang hadir untuk menyertai pertandingan ini datang bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur malah datangnya dari seluruh pelosok tanah air yang ingin mencuba nasib. Ada antara mereka yang berlatih bersungguh-sungguh agar dapat sama merasai gelanggang tersebut dan mencari pengalaman beradu tenaga dengan peserta dari beladiri yang lain. Dengan berlakunya tragedi seperti ini nyata meruntuhkan semangat mereka yang ingin turut sama menyertai malah sanggup berhujan pada malam tersebut dengan harapan dapat turut bertanding.
Pihak Kementerian Belia dan Sukan khasnya Dato’ Azalina Othman Said harus melakukan soal selidik jika terdapat pihak yang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan mereka sendiri. Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa terdapat kejadian pilih bulu agar cuma segelintir pihak dari golongan yang terpilih sahaja yang dapat menyertai pertandingan yang terbuka ini. Faktor aliran maklumat yang tidak tepat kepada media juga perlu dikenalpasti.
Besar harapan peminat seni beladiri tanah air malah mungkin antarabangsa agar pertandingan-pertandingan seperti Ultimate Warrior ini dapat dilakukan lagi di masa-masa hadapan dan sebarang kesilapan masa kini dijadikan pengajaran di masa hadapan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan